KOTA BHARU: Pas bertegas tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri 
(DUN) Kelantan sebagai menyahut cabaran Umno supaya berbuat demikian 
sebelum Pilihan Kecil DUN Pengkalan Pasir.
 
Jurucakap Kerajaan Pas Kelantan yang juga naib presiden parti itu, 
Husam Musa, berkata tidak ada sebab munasabah untuk Pas berbuat 
demikian.

"Sama ada Pas menang atau kalah (di Pengkalan Pasir) kami tidak akan 
membubarkan dewan selagi belum sampai masanya," katanya pada sidang 
media di Kota Darulnaim, di sini petang semalam.

Beliau mendakwa, Umno Kelantan yang diketuai Datuk Seri Annuar Musa 
sengaja menimbulkan isu itu bagi menghidupkan kempen pilihan raya 
yang sedang berlangsung di DUN Pengkalan Pasir sekarang.

Husam menyifatkan kenyataan Annuar bahawa 21 Ahli Dewan Undangan 
Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Kelantan akan mengosongkan kerusi 
masing-masing mulai 1 Disember ini sebagai gimik politik.

"Cabaran Annuar meletakkan jawatan seolah-olah cuba menghidupkan isu 
tempatan kerana mereka kekeringan isu apabila banyak negeri lain yang 
berkampung di DUN itu yakin BN menang pilihan raya kecil itu," 
katanya.

"Cabaran Annuar itu memperlihatkan harapan Umno Kelantan begitu 
tinggi hingga ke puncak Everest untuk memenangi pilihan raya kecil 
itu, tetapi menurun menjadi busut apabila meletakkan syarat supaya 
Adun Pas mengosongkan kerusi sebelum mereka berbuat demikian," 
katanya pada sidang media di Kota Darulnaim, di sini petang semalam.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Annuar bahawa semua 21 Adun BN 
sedia mengosongkan kerusi masing-masing dengan syarat 23 Adun Pas 
turut berbuat demikian bagi membolehkan pilihan raya DUN diadakan 
semula.

"Sudah berapa kali saya kata, Pas tidak akan bubar (DUN). Tak ada 
sebab. Kalau Umno nak bubar, dia punya hal. Cabaran Annuar itu tidak 
lebih sebagai gimik politik dalam kempen pilihan raya," katanya.//Bha 
21 Nov






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke