Pasir Mas : Mawi pagi Sabtu menghadiri satu majlis penyampaian basikal kepada para pelajar cemerlang di sebuah sekolah di kawasan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir,Pasir Mas Kelantan.
Namun begitu Ketua Pegawai Eksekutif Maestro Talent, Freddie Fernandez ketika dihubungi Agendadaily petang Sabtu menolak ia ada kaitan dengan kempen pilihanraya kecil di situ. "Mawi hadir untuk satu program anjuran Kementerian Pendidikan bagi memberi galakan kepada para pelajar.Kita tidak ada halangan untuk hadir program seumpama itu,"katanya. Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein. Freddie memberitahu ketika menerima undangan itu yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (2), Pasir Mas, Mawi kebetulan berada di Terengganu. "Kami berkereta ke sana.Kami hadir sekejap saja.Lepas terus ke lapangan terbang balik kerana ada acara di Shah Alam pada sebelah petang,"katanya. Ditanya tidakkah nanti pihak PAS akan mendakwa majlis itu ada kaitan dengan kempen pilihanraya,Freddie berkata terserahlah pada mereka jika hendak tuduh demikian. "Bagi saya kehadiran kami semata-mata atas program pendidikan,"katanya. Kepada satu soalan Freddie memberitahu setakat ini itu sahaja undangan yang Mawi terima untuk datang ke Pasir Mas. Beliau tidak menolak kemungkinan Mawi sedia menerima undangan ke sana lagi jika program yang diadakan tidak berunsur politik. "Semuanya bergantung kepada jadual Mawi,"ujarnya. //Agendadaily ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
