Macam-macam cerita sudah sampai pada Kawan dicelah-celah kehangatan 
menjelang pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir. 

Sebagai wartawan memang tak ada kick langsung untuk buat liputan 
kalau awal-awal sudah tahu BN atau PAS akan menang dalam sesuatu 
pilihanraya kecil. 

Kalau suasana pilihanraya kecil serentak di kerusi DUN Anak Bukit dan 
Parlimen Pendang di Kedah dulu begitu sengit sekali,Pengkalan Pasir 
ini pasti menjanjikan dag dig dug lebih hebat dari itu. 

Apa yang Kawan dengar baik orang UMNO dan PAS masing-masing 
tengah `pening lalat' dok congak sini congak sana macam mana nak 
menawan hati 18,411 pengundi berdaftar di kawasan itu. 

"Bunyi jumlah pengundi kecil tetapi kerja nak berkempen 1,000 kali 
lagi rumit dari pilihanraya umum satu negara pasal seluruh bala 
tentera parti akan bertumpu ke situ,"kata seorang kawan yang selalu 
turun berkempen. 

Senang cakap ia ibarat `menarik benang dalam tepung' dalam pergelutan 
untuk memenangi hati pengundi di Pengkalan Pasir. 

"Bukan tak harus ada salah silapÂ…silap sikit pun tak boleh.Ini soal 
maurah parti UMNO dan PAS,"katanya. 

Apa lagi pengundi di Kelantan agak lain macam berbanding dengan di 
negeri lain. 

Mereka terkenal dengan sikap peduli apa dan tak makan `janji-janji 
pembangunan'. 

Soalan yang paling banyak Kawan dengar berlegar ialah apakah `angin 
perubahan' pilihanraya umum 2004 yang memberi kemenangan besar kepada 
BN sehingga beza majorit tiga kerusi saja dengan PAS akan melanda 
Pengkalan Pasir? 

Ini yang dikatakan menjadi igauan dan mimpi ngeri bagi orang-orang 
Tok Guru Nik Aziz dan Datuk Annuar Musa. 

Dalam pada itu jangan lupa faktor Datuk Ibrahim Ali yang dikenali 
sebagai `Dato Him' dikalangan orang Pasir Mas. 

Sekecil-kecil bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas ikut cakap orang 
Pengkalan Pasir dia bukan kecik anak di situ.Personalitinya yang 
cukup hemoi dengan orang kawasan itu boleh menentukan PAS atau UMNO 
terbalik. 

Kain pemidang menyokong Tok Him sudah kelihatan naik di merata 
tempat.Samaada ia tanda sokongan sebenar atau satu taktik `perang 
saraf' untuk buat semua orang tak pandang sebelah mata padanya itu 
sama-sama bakal diketahui bila keputusan pilihanraya diumumkan nanti. 

Biasalah menjelang pilihanraya semua pihak kata mereka yakin menang 
tetapi the bottom line seperti pengakuan kawan tadi ia satu senario 
yang terus menerus memeningkan. 

Dari apa yang kawan dengar dalam strategi kempen kedua parti tiada 
lagi acara-acara ceramah besar diatur.Ini kerana jumlah sokongan 
tidak dapat diukur dengan jelas pada acara macam itu. 

Semasa acara-acara macam pesta dan pasar malam ini selalunya orang 
luar dan tukang sibuk yang meramaikan majlis bukan pengundi sebenar. 

Kempen lebih menjurus rumah ke rumah dan benda-benda yang betul-betul 
boleh buat ia melekat di hati pengundi.Ini termasuk menawan hati anak 
pinak mereka yang boleh mempengaruhi undi hendak ke sana atau ke 
sini. 

Untuk mengelak perasaan meluat dan menyampah,para petugas UMNO awal-
awal dinasihatkan tidak membawa kereta-kereta mewah mereka 
untuk `dipamirkan' di kawasan itu. 

Kawan pun tahu Ini satu penyakit orang UMNO yang sukar diubat hingga 
peringatan mengenainya perlu dikeluarkan. 

Dalam situasai sensitif macam ini masuk celah kampong dengan kereta 
Mercedes dan lain-lain kereta jenama hebat alamat kuranglah markah 
nanti. 

Dalam usaha untuk memenangi hati rakyat tempatan menjelang 
pilihanraya kecil ini janganlah hairan kalau dengar Kerajaan PAS 
Kelantan telah mengeluarkan arahan segera menurap jalan-jalan kampung 
di situ. 

Para penghulu di DUN Pengkalan Pasir juga dikatakan telah sedia 
mengedarkan brang-borang skim bantuan khas bagi memperbaiki kerosakan 
rumah kampung. 

"Kalau nak kata di tempat-tempat yang dikuasai BN sahaja kita nampak 
JKR berpeluh menurap jalan menjelang pilihanraya tak betullahÂ…dalam 
hal ini sama dan serupa sahaja,"kata kawan kita tu. 

Bagi kawan-kawan yang tidak buat persiapan awal untuk kemudahan 
penginapan menjelang kempen pilihanraya kecil ini nampak gaya 
terpaksalah kenalah ligat berfikir dimana nak lepak. 

Hotel-hotel sekitar Kota Bharu dan kawasan-kawasan berdekatan sudah 
fully booked . 

Seperti biasa para petugas kempen dan jentera parti baik UMNO dan PAS 
sudah siap menyewa rumah untuk berkampong di situ sehingga selesai 
pilihanraya. 

Ikut ceritanya harganya sudah ikut kadar Kuala Lumpur bukan standard 
Pasir Mas lagi. //Agendaily





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke