PASIR MAS: Kerajaan Pusat menyalurkan RM18.7 juta kepada Jabatan 
Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan sebagai bantuan kepada golongan 
kurang upaya, warga emas dan penduduk miskin di seluruh negeri 
sepanjang tahun ini.

Pengarah JKM Kelantan, Mohd Abidin Mohd Zain, berkata peruntukan itu 
adalah sebagai tambahan kepada pembiayaan disediakan kerajaan negeri 
sebanyak RM10.2 juta.

Katanya, ketika ini ada lebih 12,000 penerima bantuan bulanan 
daripada JKM di seluruh negeri, termasuk 1,800 di Pasir Mas yang 
menerima bantuan antara RM50 hingga RM80 sebulan.

"Setakat ini, jumlah orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar di 
seluruh negara ialah 16,771 orang termasuk di Kelantan, 1,517 orang.

"Sehingga Oktober lalu, jajahan Pasir Mas sudah mendaftar 158 OKU 
sebagai penerima bantuan. Berbanding negeri lain, Kelantan adalah 
negeri yang memberi bantuan kebajikan paling rendah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan kepada warga 
emas, OKU dan keluarga kurang berkemampuan di bawah JKM DUN Pengkalan 
Pasir, dekat sini semalam oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga 
dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 

Sempena majlis itu, JKM menyampaikan sumbangan RM55,000 kepada 350 
orang, termasuk OKU dan keluarga miskin sekitar kawasan Dewan 
Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir.

Mohd Abidin berkata, pihaknya turut menerima sumbangan van bernilai 
RM44,000 daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untuk melaksanakan 
program Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sekitar jajahan Pasir 
Mas.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datu Seri 
Annuar Musa berkata, pihaknya akan meminta Kerajaan Pusat menaikkan 
jumlah bantuan JKM di Kelantan jika Barisan Nasional (BN) menang 
dalam pilihan raya Pengkalan Pasir.

"Kita akan mohon mereka yang menerima bantuan RM150 dinaikkan antara 
RM300 sehingga RM450 bagi satu keluarga, manakala kanak-kanak RM80 
kepada RM150 hingga RM200 seorang setiap bulan," katanya.//Bha 22 
November





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Fair play? Video games influencing politics. Click and talk back!
http://us.click.yahoo.com/u8TY5A/tzNLAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke