TANAH MERAH: Hasrat seorang pelajar tahfiz menikmati mi segera, tidak 
kesampaian apabila maut terkena kejutan elektrik dalam air bertakung 
dekat Tanah Merah, tengah hari semalam.
 
Dalam kejadian di Kampung Bendang Gok, Tanah Merah kira-kira jam 1.30 
petang itu, Mohd Amin Nazami, 16, mati di tempat kejadian apabila 
gagal keluar dari kawasan air bertakung itu. 

Ketika kejadian, mangsa bersama sepupunya, Mohd Hafiz Ghazali, 13, 
dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli mi segera dan rokok 
yang dipesan neneknya, Siti Esah Bakar, 63.

Mohd Hafiz ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, beliau dan Mohd 
Amin sedang berjalan pulang dari gerai, sambil mengharungi air 
sedalam kira-kira 0.4 meter di laluan itu.

"Ketika itu, secara tiba-tiba saya terasa badan bergegar seperti 
terkena arus elektrik. Saya melompat beberapa kali dan naik ke 
bonggol tanah di tepi laluan itu.

"Amin turut melompat tetapi tergelincir dan dia jatuh tersungkur ke 
dalam air. Ketika itu, saya terlihat ada kabel elektrik dari rumah 
usang berdekatan terjuntai dalam kawasan air bertakung itu.

"Saya kemudian berlari meminta bantuan bapa saudara, Awang Osman, 53, 
yang berada di rumahnya berdekatan. Bila kami kembali membantu Amin, 
dia sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di sini, 
semalam.//Bha 24 Nov






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
AIDS in India: A "lurking bomb." Click and help stop AIDS now.
http://us.click.yahoo.com/VpTY2A/lzNLAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke