Kenapa Kerajaan tak nak buat Univerisiti kalau Pembangkang yg memerintah Kelantan??
maksundya ada double standard la, di mana sistem demokrasi yg diamalkan?? ******* BN Tetap Kotakan Janji Bina Universiti Jika Perintah K'tan KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tetap mengotakan janji membina sebuah universiti awam di Kelantan jika ia berjaya membentuk kerajaan di negeri itu. Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat kabinet hari Rabu membuat ketetapan untuk mengesahkan bahawa janji yang telah dibuat sebelum pilihan raya umum yang lalu bahawa sekiranya Barisan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan di Kelantan, sebuah universiti awam akan didirikan di Kelantan. Beliau memberitahu sidang akhar di sini bahawa penjelasan itu bertujuan meyakinkan rakyat Kelantan khususnya pengundi di kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir mengenai kesungguhan kerajaan BN dalam mengotakan janjinya itu. Najib, yang juga membuat janji serupa semasa beliau melawat kawasan itu baru-baru ini, berkata terdapat sesetengah pihak yang cuba mengelirukan rakyat negeri itu dan pengundi di Pengkalan Pasir dengan memutar belitkan satu laporan media Ahad lalu yang menyebut tidak ada universiti baru akan ditubuhkan. Katanya pihak berkenaan cuba menanamkan rasa tidak percaya rakyat Kelantan terhadap BN dengan mengatakan janji yang dibuat itu adalah janji bohong berdasarkan laporan media yang memetik Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Shafie Mohd Salleh sebagai berkata tidak ada universiti baru akan dibina. "Memang benar tidak ada universiti penyelidikan yang akan didirikan, tetapi Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi tidak memaksudkan bahawa janji pilihan raya yang kita telah buat untuk mendirikan sebuah universiti di Kelantan tidak akan dilaksanakan oleh kerajaan," kata Najib. Timbalan Perdana Menteri berkata pihak berkenaan sengaja memutarbelitkan kenyataan Shafie bagi memastikan rakyat Kelantan khususnya pengundi di Pengkalan Pasir tidak menyokong BN semasa pilihan raya kecil bagi kerusi negeri itu diadakan 6 Dis ini. Akhbar berkenaan telah memetik Shafie sebagai berkata kerajaan tidak akan membina universiti baru yang khusus sebaliknya mengubah status universiti awam sedia ada sebagai universiti penyelidikan.//Bernama --- In [email protected], Azahari Ahmad <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > kita kena terima hakikat bahawa jika dilakukan oleh pihak UMNO/BN, apa-apa pun tidak akan dikira menyalahi apa2 akta pun...... > > abuhafizd <[EMAIL PROTECTED]> wrote: tidakkah kenyataan tersebut termasuk dalam kesalahan pilihanraya ?? > > Bahkan tidak lama dulu kerajaan telah membuat kenyataan tidak > bercadang untuk menubuhkan universiti baru tetapi akan mengubah > status beberapa buah universiti awam yang sedia ada bagi memberikan > penumpuan dalam bidang penyelidikan. > > apa cerita? > > --- In [email protected], "Perakan" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Re: Najib ulangi janji mahu wujudkan universiti di Kelantan > > PENGKALAN PASIR, 19 Nov Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib > > Razak sekali lagi mengulangi janji yang dilafazkan sebelum ini > iaitu > > mewujudkan sebuah universiti di Kelantan sekiranya pilihan raya > kecil > > DUN Pengkalan Pasir berpihak kepada Barisan Nasional pada 6 > Disember > > ini. > > > > "Amat mudah sekali untuk mewujudkan universiti di negeri ini > > sekiranya BN menang pada pilihan raya ini," katanya pada majlis > > penyampaian bantuan sara hidup dan hari raya bekas-bekas tentera di > > Sekolah Kebangsaan Mekasar, di sini petang ini. Program itu > > dianjurkan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian > Kelantan. > > Berucap di majlis yang sama, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, > > Dato' Seri Annuar Musa memberitahu biar pun 10 tahun menjadi > menteri > > namun beliau tidak berdaya hendak mengubah Kelantan kerana rakyat > > tidak berminat kepada Umno. > > > > "Ini benar-benar mencabar saya dan Dato' Mustapa serta Dato' Awang > > Adek kerana gagal mengubah kehendak rakyat Kelantan," > ujarnya. //Hrkh > > > > > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
