Allah membantu dengan cara yang kadang-kadang tidak sedar. Oleh kerana isu tahanan bogel, penyalahgunaan kuasa polis dsb yang melanda negara sekarang ini, sekurang-kurangnya surat khabar yang berat sebelah (tapi tak secara terang-terangan mengaku berpihak) terpaksa menumpukan lebih banyak tenaga dan tulisan kepada isu itu dan terpaksa mengurangkan fokus menghantam/memburukkan PAS di dalam surat khabar mereka. Ada tetap ada, tapi kurang sikit la, kerana mereka tengah sibuk mempertahankan BN dalam bentuk 'damage control' dsb.
 
Syukur Alhamdulillah.....

Azahari Ahmad <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Kelantan ni tanah keramat, penuh berkat. Kita kena berterimakasih kepada ibu-ibu dan bapak-bapak kita yang rata-rata masih berupaya melahirkan komuniti yang "majoriti"nya masih menyayangi agama dan tidak meletakkan harta benda, wang ringgit di atas kepercayaan agama.
 
Syabbas!!!

Perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Kenapa Kerajaan tak nak buat Univerisiti kalau Pembangkang yg
memerintah Kelantan??

maksundya ada double standard la, di mana sistem demokrasi yg
diamalkan??

*******
BN Tetap Kotakan Janji Bina Universiti Jika Perintah K'tan

KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan
Barisan Nasional (BN) akan tetap mengotakan janji membina sebuah
universiti awam di Kelantan jika ia berjaya membentuk kerajaan di
negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat kabinet hari Rabu membuat
ketetapan untuk mengesahkan bahawa janji yang telah dibuat sebelum
pilihan raya umum yang lalu bahawa sekiranya Barisan Nasional berjaya
menubuhkan kerajaan di Kelantan, sebuah universiti awam akan
didirikan di Kelantan.

Beliau memberitahu sidang akhar di sini bahawa penjelasan itu
bertujuan meyakinkan rakyat Kelantan khususnya pengundi di kawasan
pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir mengenai
kesungguhan kerajaan BN dalam mengotakan janjinya itu.

Najib, yang juga membuat janji serupa semasa beliau melawat kawasan
itu baru-baru ini, berkata terdapat sesetengah pihak yang cuba
mengelirukan rakyat negeri itu dan pengundi di Pengkalan Pasir dengan
memutar belitkan satu laporan media Ahad lalu yang menyebut tidak ada
universiti baru akan ditubuhkan.

Katanya pihak berkenaan cuba menanamkan rasa tidak percaya rakyat
Kelantan terhadap BN dengan mengatakan janji yang dibuat itu adalah
janji bohong berdasarkan laporan media yang memetik Menteri Pengajian
Tinggi Datuk Dr Shafie Mohd Salleh sebagai berkata tidak ada
universiti baru akan dibina.

"Memang benar tidak ada universiti penyelidikan yang akan didirikan,
tetapi Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi tidak memaksudkan
bahawa janji pilihan raya yang kita telah buat untuk mendirikan
sebuah universiti di Kelantan tidak akan dilaksanakan oleh kerajaan,"
kata Najib.

Timbalan Perdana Menteri berkata pihak berkenaan sengaja
memutarbelitkan kenyataan Shafie bagi memastikan rakyat Kelantan
khususnya pengundi di Pengkalan Pasir tidak menyokong BN semasa
pilihan raya kecil bagi kerusi negeri itu diadakan 6 Dis ini.

Akhbar berkenaan telah memetik Shafie sebagai berkata kerajaan tidak
akan membina universiti baru yang khusus sebaliknya mengubah status
universiti awam sedia ada sebagai universiti penyelidikan.//Bernama

--- In perakan@yahoogroups.com, Azahari Ahmad <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
>
> kita kena terima hakikat bahawa jika dilakukan oleh pihak UMNO/BN,
apa-apa pun tidak akan dikira menyalahi apa2 akta pun......
>
> abuhafizd <[EMAIL PROTECTED]> wrote:  tidakkah kenyataan tersebut
termasuk dalam kesalahan pilihanraya ??
>
> Bahkan tidak lama dulu kerajaan telah membuat kenyataan tidak
> bercadang untuk menubuhkan universiti baru tetapi akan mengubah
> status beberapa buah universiti awam yang sedia ada bagi memberikan
> penumpuan dalam bidang penyelidikan.
>
> apa cerita?
>
> --- In perakan@yahoogroups.com, "Perakan" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > Re: Najib ulangi janji mahu wujudkan universiti di Kelantan

> > PENGKALAN PASIR, 19 Nov – Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri
Najib
> > Razak sekali lagi mengulangi janji yang dilafazkan sebelum ini
> iaitu
> > mewujudkan sebuah universiti di Kelantan sekiranya pilihan raya
> kecil
> > DUN Pengkalan Pasir berpihak kepada Barisan Nasional pada 6
> Disember
> > ini.
> >
> > "Amat mudah sekali untuk mewujudkan universiti di negeri ini
> > sekiranya BN menang pada pilihan raya ini," katanya pada majlis
> > penyampaian bantuan sara hidup dan hari raya bekas-bekas tentera
di
> > Sekolah Kebangsaan Mekasar, di sini petang ini. Program itu
> > dianjurkan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian
> Kelantan.
> > Berucap di majlis yang sama, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan,
> > Dato' Seri Annuar Musa memberitahu biar pun 10 tahun menjadi
> menteri
> > namun beliau tidak berdaya hendak mengubah Kelantan kerana rakyat
> > tidak berminat kepada Umno.
> >
> > "Ini benar-benar mencabar saya dan Dato' Mustapa serta Dato'
Awang
> > Adek kerana gagal mengubah kehendak rakyat Kelantan,"
> ujarnya. //Hrkh
> >
>
>
>





Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.


Yahoo! DSL Something to write home about. Just $16.99/mo. or less

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke