KOTA BHARU: Bilik gerakan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) 
Kelantan kini dibuka 24 jam bagi memantau lokasi menyukat paras air 
sungai seluruh negeri ini yang kini sudah sampai ke paras bahaya.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Lim Chow Hock, 
berkata paras air sungai dilaporkan naik sejak jam 5 petang semalam 
berikutan hujan lebat di hulu Kelantan dan pantai.

Beliau berkata, tempat menyukat paras air sungai yang dilaporkan naik 
mencecah paras bahaya ialah Sungai Galas di Dabong 34.86m (bahaya 
38m); Sungai Lebir, Kampung Tualang, Tanah Merah 36.9m (bahaya 35m); 
Sungai Kelantan di Kuala Krai 24.6m (bahaya 25m); Jambatan Guillemard 
15.81m (bahaya 16m).

Air di Tambatan Diraja di Kota Bharu naik melebihi paras amaran iaitu 
3.91m (bahaya 5.0m); Sungai Golok di Jenob Pasir Mas 22.31m (bahaya 
23.5m); Sungai Golok di Rantau Panjang 8.44m (bahaya 9.0m); Sungai 
Semerak di Pasir Puteh 1.44m (bahaya 3.0m).

"JPS meramalkan mulai jam 8 malam ini (malam tadi) semua tempat 
menyukat air sungai di negeri ini akan melebihi paras amaran 
berikutan hujan berterusan dengan kelebatan antara 30 milimeter (mm) 
sehingga 40 mm sehari terutama sejak awal pagi tadi (semalam) dan 
dijangka berterusan semalaman," katanya di sini, semalam.

Lim berkata, bilik gerakan banjir JPS sudah bersiap sedia dengan 
menempatkan 100 pegawai termasuk jurutera Unit Hidrologi bagi 
memantau dan menyalurkan maklumat banjir kepada bilik gerakan negeri 
dan polis.

"Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat terkini mengeni banjir 
boleh melayari laman web JPS iaitu infobanjir.wata.gov.my. Menerusi 
laman web itu maklumat terkini banjir boleh diketahui dengan tepat 
dan terkini," katanya.

Lim berkata, JPS meramalkan beberapa tempat menyukat air sungai itu 
dalam keadaan bahaya dan air sungai akan melimpah ke tebing.

berikutan hujan di kawasan hulu iaitu Kuala Krai.

"JPS juga menerima amaran daripada Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca 
bahawa Kelantan akan menerima hujan lebat dengan ribut petir hingga 
Jumaat ini.

"Kelantan masih mempunyai baki curahan hujan kira-kira 750 mm lagi 
yang jika turun dalam tempoh itu, kemungkinan negeri ini dilanda 
banjir besar seperti akhir tahun lalu," katanya.

Lim berkata, JPS juga sudah memaklumkan paras air sungai yang 
dilaporkan naik di seluruh negeri ini kepada Pengerusi Jawatankuasa 
Bencana Alam negeri yang juga Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk 
Aiseri Alias.//Bha 24 Nov






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
1.2 million kids a year are victims of human trafficking. Stop slavery.
http://us.click.yahoo.com/WpTY2A/izNLAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke