bangi tok jauh lah mano tu..ambo duk dekat nga Nilai...lagi jauh...2 3 langkah jah terus masuk Negeri Sembilan..hampir melangkaui sempadan 2 negeri
 
insyaAllah ambo gi


 
On 12/1/05, Azahari Ahmad <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
saya dok bangi....kira jauh la...hehehehe...InsyaAllah saya pergi (mesti kena gi awal sebab ada satu tahun tu, masa Perakan buat kat Taman Melewar, saya gi petang sikit, semua dah habis.....)

perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
molek la pakat2 hadir, ada jamuan makan tengah hari insyaAllah gulai kawah dan juga cabutan bertuah
 
shah alam jauh ker?..anta dok mana sekarang?
 
 
ps//sebarkan program ini pada kawan dan kenalan
 

Azahari Ahmad <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
jauhnya.....walau macamana pun saya tetap akan cuba untuk pergi.....

perakan <[EMAIL PROTECTED] > wrote:
Oleh : Lesco
Kuala Lumpur, 30 November - Persatuan Anak Kelantan Di Perantauan (Perakan) akan menganjurkan "Majlis Ramah Mesra Anak Kelantan Di Perantauan" pada 11 Disember 2005 ini di 'Temasya Food Court', Glenmarie, Shah Alam.
 
Menurut ahli jawatankuasa Perakan yang juga pengarah program tersebut, Ali Hanafiah Mohamed, program tersebut akan dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tetamu kehormat.
 
Program itu katanya akan bermula dari jam 1.00 tgh hingga 4.00 petang dengan menawarkan pelbagai cabutan bertuah untuk dimenangi.
 
Katanya lagi, penganjuran majlis tersebut bertujuan untuk menyatukan hubungan dan mengeratkan silaturrahim antara anak rantau Kelantan disamping untuk berkongsi maklumat, cadangan dan pandangan dalam pelbagai isu terutama mengenai perkembangan Negeri Kelantan
 
Sehubungan itu Ali Hanafiah berkata, pihak Perakan mengalu-alukan semua warga  Kelantan yang berada di perantauan terutama yang tinggal di sekitar Lembah Kelang untuk hadir dan bersama-sama dalam program tersebut.
 
Sementara itu, pihak Perakan juga mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan atau derma daripada sesiapa yang berminat terutama untuk cabutan bertuah.
 
Kepada sesiapa yang ingin menyertai program tersebut atau sebarang pertanyaan  boleh menghubungi Ali Hanafiah di talian 012-3268027 atau Matlie 019-3548836.
 
 
 
 


SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke