ambo buke warga kelate buleh jugok ko......ambo warga perakan jeee...

perakan wrote:

 
Bagi pihak Perakan, saya dengan segala hormatnya menjemput semua warga Kelantan hadir ke majlis tersebut ; Tarikh : 11 Disember 2005 (Ahad)Masa : 1.00 pm - 4.00 pmTempat : Medan Selera Temasya, No. 25, Jalan Kartunis U1/47, Taman Perindustrian Temasya, Shah AlamMap : Lihat--> http://www.geocities.com/lesco6562/map.jpg ps// disediakan jamuan tgh (gulai kawah) serta cabutan bertuah 

perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Oleh : Lesco
Kuala Lumpur, 30 November - Persatuan Anak Kelantan Di Perantauan (Perakan) akan menganjurkan “Majlis Ramah Mesra Anak Kelantan Di Perantauan” pada 11 Disember 2005 ini di ‘Temasya Food Court’, Glenmarie, Shah Alam.<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />
Menurut ahli jawatankuasa Perakan yang juga pengarah program tersebut, Ali Hanafiah Mohamed, program tersebut akan dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tetamu kehormat.
Program itu katanya akan bermula dari jam 1.00 tgh hingga 4.00 petang dengan menawarkan pelbagai cabutan bertuah untuk dimenangi.
Katanya lagi, penganjuran majlis tersebut bertujuan untuk menyatukan hubungan dan mengeratkan silaturrahim antara anak rantau Kelantan disamping untuk berkongsi maklumat, cadangan dan pandangan dalam pelbagai isu terutama mengenai perkembangan Negeri Kelantan
Sehubungan itu Ali Hanafiah berkata, pihak Perakan mengalu-alukan semua wargaKelantan yang berada di perantauan terutama yang tinggal di sekitar Lembah Kelang untuk hadir dan bersama-sama dalam program tersebut.
Sementara itu, pihak Perakan juga mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan atau derma daripada sesiapa yang berminat terutama untuk cabutan bertuah.
Kepada sesiapa yang ingin menyertai program tersebut atau sebarang pertanyaanboleh menghubungi Ali Hanafiah di talian 012-3268027.
 
 
 

Yahoo! Shopping
Find Great Deals on Holiday Gifts at Yahoo! Shopping


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke