Assalamualaikum..
Analisis ini dibuat berdasarkan carta keputusan Pilihanraya Kecil N12 Dun Pengkalan Pasir dalam kiraan awal dengan kemenangan calon BN dengan majoriti 129 undi. (lihat carta).
Jumlah Undian Pengundi Biasa adalah seperti berikut :
| Jumlah Pemilih | 18,216 |
| Jumlah keluar mengundi | 15,050 |
| Undi Pas | 7,275 |
| Undi BN | 7,269 |
| Undi Bebas | 410 |
| Undi Rosak | 96 |
| Majoriti | 6 (Pas menang) |
Jumlah Undian Pengundi Pos adalah seperti berikut :
| Jumlah Pemilih | 195 |
| Jumlah keluar mengundi | 212 |
| Undi Pas | 15 |
| Undi BN | 150 |
| Undi Bebas | 4 |
| Undi Rosak | 43 |
| Majoriti | 135 (Umno menang) |
Daripada data di atas terdapat dua kemusykilan utama :
1. Pengundi pos yang keluar mengundi adalah lebih banyak daripada jumlah pemilih pos sebenar.
Jumlah pemilih untuk undian pos adalah 195 orang sedangkan jumlah yang keluar mengundi adalah 212 orang. Jadi lebihan pengundi adalah sebanyak 17 orang. Soalnya, dari mana datangnya 17 orang pengundi ini?
2. Peratus undi rosak di kalangan pengundi pos lebih banyak daripada pengundi biasa.
Undi rosak bagi pengundi pos adalah sebanyak 43 orang daripada 212 orang, iaitu sebanyak 20.3%, sedangkan undi rosak bagi pengundi biasa hanyalah 96 orang daripada 15,050 orang di 39 peti undi, iaitu 0.64%. Ingat! 20.3% undi rosak dalah satu saluran adalah suatu yang luar biasa dalam sesuatu pilihanraya!
Soalnya, adakah pengundi pos yang terdiri daripada anggota dan pegawai polis serta petugas pilihanraya tidak pandai untuk memangkah? Adakah pegawai-pegawai ini semuanya bodoh jika dibandingkan dengan pengundi biasa yang terdiri daripada penduduk kampung walaupun miskin dan rumah yang buruk di kelilingi air, tetapi tahu untuk memangkah?
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
