Assalamualaikum,
Saya ingin melahirkan kecewaan saya terhadap pengurusan KAFA negeri 
kelantan dibawah seliaan Sektor Pengurusaan Islam dan Moral negeri 
Kelantan, JPP negeri kelantan dan JPN negeri kelantan diatas ketidak 
cekapan mengurus sehingga menimbulkan masalah kepada pembayaran Elaun 
kami.

Sehingga dari surat ini ditulis Saya dan Guru-guru Kafa khususnya di 
kawasan Kota Bharu belum lagi menerima sepenuhnya elaun kami. 

Seingat saya Elaun pertama kami yang dimasukkan pada bulan 4 dulu 
sebanyak RM70 sahaja mana lagi baki elaun tersebut? Adakah kerajaan 
dibawah pimpinan Pak Lah sudah tidak cukup duit untuk membayar elaun 
guru-guru Kafa. 

Tidakkah kalian terfikir bahawa kami juga perlu mengisi tangki 
kenderaan kami yang kosong? dan mengisi perut kami juga? Saya secara 
peribadi amat kecewa dengan pihak Pengurusan Kafa negeri kelantan 
yang hanya pandai bercakap sahaja. 

Sebaliknya, buat kerja untuk kepentingan peribadi. Bagaimana guru-
guru kafa hendak meneruskan komitmen mendidik anak bangsa jika 
sedikit masalah ini pun tidak dapat diselesaikan. 

Kepada yang berkenaan tolonglah buka mata dan fikiran anda jangan 
hanya pandai berpolitik umno sahaja sampaikan elaun kami tidak sempat 
hendak dibayar. 

Tolong siarkan masalah kami ini.Saya sudah dua kali e-melkan kepada 
berita harian tentang masalah ini tetapi sehingga sekarang tidak 
disiarkan.//Hrkh
 







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get to your groups with one click. Know instantly when new email arrives
http://us.click.yahoo.com/.7bhrC/MGxNAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke