KOTA BHARU: Hasrat seorang pelajar cemerlang untuk melanjutkan 
pelajaran ke luar negara tidak kesampaian apabila gagal mendapat 
tawaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pelajar terbabit, Erwan Ershad, 18, yang memperoleh 10 1A dalam 
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, kecewa apabila 
rayuannya tidak diterima JPA walaupun mempunyai kelayakan cukup untuk 
memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam atau luar negara.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, 
Pengkalan Chepa, dekat sini, kesal kerana kejayaannya dalam bidang 
akademik dan kokurikulum tidak dapat membantunya melanjutkan 
pelajaran ke luar negara.

Menurutnya, dia menyedari rayuannya ditolak JPA kelmarin selepas 
melayari laman web jabatan itu untuk mengetahui keputusan rayuan 
dibuatnya. 

Erwan bukan hanya muncul antara pelajar terbaik sekolahnya di bidang 
akademik, malah pernah mengharumkan nama sekolah dan Kelantan dalam 
kegiatan kokurikulum dengan mendapat lebih 40 sijil.

Antara pencapaian kokurikulum Erwan termasuk Naib Johan Reka Cipta 
Sains Teknologi Peringkat Kebangsaan di Universiti Islam Antarabangsa 
Malaysia (UIAM) pada 2000 dan Johan Debat tiga tahun berturut-turut 
serta mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan. 

Selain itu, dia juga muncul Johan Pertandingan Saintis Harapan 
Universiti Sains Malaysia (USM) peringkat negeri pada 2004.

Ketika ditemui di rumahnya dekat Taman Sari, di sini, semalam, Erwan 
kecewa kerana pencapaiannya dalam akademik dan kokurikulum tidak 
dihargai bagi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, 12 rakannya yang 
mendapat keputusan sepertinya, diterima memasuki IPT dalam dan luar 
negara walaupun tidak banyak menyertai kegiatan kokurikulum.

Katanya, dia dipanggil menjalani temuduga kemasukan ke IPT pada 4 
April lalu sebelum keputusan diumumkan 11 Mei lalu.

"Saya mendapat tahu keputusan rayuan saya ditolak selepas melayari 
internet kelmarin. 

"Berkecai cita-cita saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang 
kejuruteraan di luar negara," katanya.

Erwan sebelum ini pernah mendapat 8A dalam peperiksaan Penilaian 
Menengah Rendah (PMR) dan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 
(UPSR).

Bapanya, Ershad Ahmad Khan Rafi Ahmad, 51, berkata kegagalan JPA 
menawarkan peluang melanjutkan pelajaran seolah-olah tidak menghargai 
kejayaan akademik dan kokurikulum anaknya.

"Keputusan itu tidak logik dan melemahkan semangat anak saya untuk 
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi," katanya yang 
ditemani isteri, Roksana Mohd Yusoff, 43. //HM





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Protect your PC from spy ware with award winning anti spy technology. It's free.
http://us.click.yahoo.com/97bhrC/LGxNAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke