TANAH MERAH, 11 Jun : Bergema Properties Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik penuh bumiputera mengorak langkah memperluaskan penglibatannya dalam sektor hartanah di negeri ini dengan turut serta dalam pembangunan Bandar Baru Tanah Merah.
Bergema Properties yang kini muncul sebagai salah sebuah syarikat peneraju di kalangan bumiputera tempatan, sedang menyiapkan projek dianggarkan bernilai RM40 juta yang akan mula mengubah landscap bandar ini. Pengarah Urusannya, Abdul Halim Mohamed berkata, melalui projek usaha sama dengan Majlis Daerah Tanah Merah yang dinamakan Taman Masjid itu, 139 unit kediaman, perniagaan dan pejabat akan dibangunkan. "Melalui fasa satu dan dua di kawasan seluas 3.96 hektar, kita sedang bangunkan 15 unit premis pejabat tiga tingkat, 63 unit premis pejabat 2 tingkat, 53 unit rumah teres dua tingkat dan disusuli 8 unit kedai pejabat 3 tingkat," ujarnya disini hari ini. Katanya, kerja-kerja pembinaan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun depan dengan setiap unit dijual pada harga RM185,786 hingga RM348,888 bagi kediaman, RM350, 786 hingga 370, 786 bagi premis pejabat dua tingkat manakala premis tiga tingkat sudah habis ditempah. Menurutnya, projek berkenaan terletak dilokasi strategik yang memberikan nilai pelaburan tinggi, dalam persekitaran bandar berdekatan masjid, balai polis, pejabat pos, bank, sekolah dan hospital. "Pelancaran jualan akan dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di tapak projek jualan berdekatan Masjid Besar Tanah Merah pagi esok,"ujarnya. Menurut beliau, beberapa keistimewaan diberikan kepada pembeli seperti urusan pinjaman dengan kerajaan dan bank serta pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ), diuruskan pihak pemaju. "Malah kemudahan pinjaman perumahan sehingga 100 peratus bagi mereka yang layak disediakan manakala yuran perjanjian jual beli, bayaran pindah milik dan gadaian tidak dikenakan",[/i] ujar beliau. Sementara itu, beliau memberitahu, Bergema juga akan membina lebih 103 unit pelbagai jenis rumah kediaman, kedai dan pejabat bernilai RM20 juta di negeri ini dan Besut awal tahun depan. Abdul Halim berkata, daripada jumlah itu, 27 unit rumah banglo bernilai RM4.8 juta akan dibina di Rantau Panjang dan 37 unit rumah berkembar, teres, kedai dan banglo bernilai RM5 juta di Machang. "Sebanyak tujuh unit rumah kedai dan pejabat tiga tingkat bernilai RM 5.2 juta akan dibina di bandar Kota Bharu dan sebanyak 32 unit rumah berkembar satu tingkat bernilai RM4.4 juta di Kampung Raja, Besut," ujarnya. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Everything you need is one click away. Make Yahoo! your home page now. http://us.click.yahoo.com/AHchtC/4FxNAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
