Oleh Ali Hanafiah
Kuala Lumpur, 14 Jun - Exco Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan 
Negeri Kelantan, YB Abdul Patah Mahmood berpendapat, satu usaha yang 
bersepadu perlu dilakukan dalam mencari jalan untuk mengawal dan 
membendung masalah gejala sosial yang berlaku di kalangan masyarakat 
Kelantan terutama di sekitar Lembah Klang.
 
Usaha perlu dilakukan bagi menjaga imej negeri Kelantan yang terkenal 
dengan gelaran Serambi Mekah melalui kelakuan negative yang dilakukan 
oleh masyarakat Kelantan di perantauan seperti mat rempit, kutu 
lepak, bohsia dsb.
 
Beliau berkata demikian semasa majlis pertemuan dengan ahli 
Jawatankuasa Persatuan Anak Kelantan Perantauan (Perakan) dan Perakan 
Net di Dynasty Hotel Jalan Ipoh, hari ini. Turut hadir dalam 
pertemuan itu, Pengarah UPKN Haji Abdul Rahman Yunus, Presiden 
Perakan Haji Ariffin Mahmood dan Presiden Persatuan Anak Kelantan 
Proton.
 
YB Abdul Patah berkata satu gerak gempur perlu dilakukan dengan 
mengenal pasti mereka yang terlibat dan mencari jalan bagaimana untuk 
mengatasi masalah ini . Dengan itu 'Program Pencegahan Gejala Sosial' 
diperkenalkan yang akan dilakukan bersama dengan pihak Perakan. 
Program ini juga menjadi satu program rasmi di Negeri Kelantan yang 
sedang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri sekarang. 
 
"Sebagai sebuah NGO yang diiktiraf secara rasmi oleh Kerajaan 
Kelantan dalam membantu Kerajaan Negeri dan juga sebagai platform 
rasmi Kerajaan Negeri bagi anak Kelantan perantauan, beliau 
mengharapkan Perakan memainkan peranan penting dalam hal ini demi 
menjaga kebajikan anak Kelantan perantauan" katanya
 
Sementara itu, Presiden Perakan Haji Arifin Mahmood berkata, "gejala 
sosial memang tidak dinafikan banyak berlaku di kalangan remaja 
Kelantan yang sering dipaparkan dalam media kerana bilangan belia dan 
beliawanis dari Kelantan terutama yang bekerja di kilang-kilang 
berbanding dari negeri lain adalah amat tinggi". 
 
"Namun begitu, kita jangan lupa bahawa ramai juga di kalangan 
masyarakat Kelantan yang dihormati ramai dan bekerja sebagai imam, 
ustaz dan pendakwah selain menjawat jawatan utama disektor awam dan 
swasta" katanya.
 
Dalam majlis tersebut YB Haji Abd Patah telah meluluskan bantuan 
segera sebanyak RM10,000 untuk Perakan dalam menjalankan aktiviti 
mereka sepanjang tahun. Manakala pihak UPKN pula bersetuju untuk 
menjadi penaja dalam satu program yang akan diajurkan oleh perakan.







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke