img157/1466/excodanperakan7gt.jpg

Exco Kelantan YB Abdul Patah, Pengarah UPKN, Presiden Perakan, Naib Presiden, AJK dan Presiden Prakap bergambar selepas berbincang lanjut hingga jam 1.30 pg. Terima kasih kepada semua kerana komitment anda terutama wakil kerajaan kerana sanggup bersengkang mata bersama-sama anak kelantan perantauan.
 
 
abuhafizd <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Oleh Ali Hanafiah
Kuala Lumpur, 14 Jun - Exco Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan
Negeri Kelantan, YB Abdul Patah Mahmood berpendapat, satu usaha yang
bersepadu perlu dilakukan dalam mencari jalan untuk mengawal dan
membendung masalah gejala sosial yang berlaku di kalangan masyarakat
Kelantan terutama di sekitar Lembah Klang.

Usaha perlu dilakukan bagi menjaga imej negeri Kelantan yang terkenal
dengan gelaran Serambi Mekah melalui kelakuan negative yang dilakukan
oleh masyarakat Kelantan di perantauan seperti mat rempit, kutu
lepak, bohsia dsb.

Beliau berkata demikian semasa majlis pertemuan dengan ahli
Jawatankuasa Persatuan Anak Kelantan Perantauan (Perakan) dan Perakan
Net di Dynasty Hotel Jalan Ipoh, hari ini. Turut hadir dalam
pertemuan itu, Pengarah UPKN Haji Abdul Rahman Yunus, Presiden
Perakan Haji Ariffin Mahmood dan Presiden Persatuan Anak Kelantan
Proton.

YB Abdul Patah berkata satu gerak gempur perlu dilakukan dengan
mengenal pasti mereka yang terlibat dan mencari jalan bagaimana untuk
mengatasi masalah ini . Dengan itu 'Program Pencegahan Gejala Sosial'
diperkenalkan yang akan dilakukan bersama dengan pihak Perakan.
Program ini juga menjadi satu program rasmi di Negeri Kelantan yang
sedang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri sekarang.

"Sebagai sebuah NGO yang diiktiraf secara rasmi oleh Kerajaan
Kelantan dalam membantu Kerajaan Negeri dan juga sebagai platform
rasmi Kerajaan Negeri bagi anak Kelantan perantauan, beliau
mengharapkan Perakan memainkan peranan penting dalam hal ini demi
menjaga kebajikan anak Kelantan perantauan" katanya

Sementara itu, Presiden Perakan Haji Arifin Mahmood berkata, "gejala
sosial memang tidak dinafikan banyak berlaku di kalangan remaja
Kelantan yang sering dipaparkan dalam media kerana bilangan belia dan
beliawanis dari Kelantan terutama yang bekerja di kilang-kilang
berbanding dari negeri lain adalah amat tinggi".

"Namun begitu, kita jangan lupa bahawa ramai juga di kalangan
masyarakat Kelantan yang dihormati ramai dan bekerja sebagai imam,
ustaz dan pendakwah selain menjawat jawatan utama disektor awam dan
swasta" katanya.

Dalam majlis tersebut YB Haji Abd Patah telah meluluskan bantuan
segera sebanyak RM10,000 untuk Perakan dalam menjalankan aktiviti
mereka sepanjang tahun. Manakala pihak UPKN pula bersetuju untuk
menjadi penaja dalam satu program yang akan diajurkan oleh perakan.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com __._,_.___


SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke