KOTA BHARU, 15 Jun - Isu-isu berkaitan pelan pembangunan di bawah 
Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9) dijangka menghangatkan 
persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada 25 dan 26 Jun 
ini.

Setiausaha Dun, Mohd Imran Mansor berkata, isu-isu berhubung RMK9 
adalah antara perkara yang disentuh dalam soalan yang dikemukakan 
ahli-ahli Dewan pada persidangan kali ini. 

Selain itu katanya, isu berkaitan kebersihan dan pembangunan di 
Kelantan juga terkandung dalam soalan-soalan yang dikemukakan Adun 
sama ada dari penyokong kerajaan atau pembangkang.

"Soalan-soalan tersebut kini dalam penelitian terakhir pihak kerajaan 
untuk dikemukakan jawapannya pada persidangan Dewan nanti," katanya 
ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Mohd Imran, 30 merupakan Setiausaha Dewan Negeri yang baru. Beliau 
menggantikan Norazman Abdul Ghani yang bertukar ke Pejabat Tanah dan 
Jajahan Kuala Krai. Sebelum ini bertugas di Pejabat Tanah dan Jajahan 
Jeli.

Berkelulusan sarjana muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti 
Putra Malaysia dan mulai berkhidmat sebagai pegawai tadbir negeri 
pada 2003. 

Mohd Imran juga berkata, dua rang undang-undang akan dibentang pada 
persidangan kali kedua, tempoh penggal ketiga, Dun Kelantan ke-11 
tersebut termasuk enakmen perbekalan tambahan.//Hrkh   









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Check out the new improvements in Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/6pRQfA/fOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke