KOTA BAHARU, 18 Jun -- Kerajaan Kelantan diminta meluluskan segera 
kenaikan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebanyak 10 
peratus supaya mereka dapat memberi khidmat dengan baik kepada rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata elaun 
wakil rakyat Kelantan kini tidak selaras dengan negeri lain yang 
lebih awal dinaikkan.

"Selain dapat berbakti dengan lebih sempurna kepada rakyat ia turut 
memberikan manfaat kepada semua bekas wakil rakyat negeri ini," 
katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil 
Rakyat Malaysia (Mubarak) cawangan Kelantan di sini hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno 
Kelantan berkata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku 
ketua kerajaan negeri perlu memahami keadaan yang dialami oleh wakil 
rakyat negeri itu.

Katanya kehidupan bekas wakil rakyat turut terhimpit jika tiada 
kenaikan elaun itu kerana secara automatik apabila elaun Adun 
dinaikkan, ia turut membabitkan elaun bekas wakil rakyat.

"Bekas wakil rakyat turut menyumbang bakti kepada parti dan rakyat 
Kelantan walaupun tidak lagi menjadi wakil rakyat namun sumbangan 
mereka tidak boleh disangkal lagi," katanya.

Mubarak Kelantan dianggotai 32 orang bekas Adun.//Bernama







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke