KOTA BHARU, 25 Jun - 3 projek mega yang sedang dilaksanakan sekarang merancakan lagi pertumbuhan ekonomi kelantan.
Projek berkenaan termasuk Bandar Baru Tunjong, pembangunan tebing Sungai Kelantan dan Bandar Satelit Sabak. Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB- BRI), Haji Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, tiga projek mega tersebut akan memesatkan pertumbuhan ekonomi negeri. "Selain projek mega ini, projek-projek lain yang dilaksana MPKB-BRI sendiri termasuk KB Trade Center dan Pasar Moden Wakaf Che Yeh juga dijangka menjana ekonomi selain mercu tanda yang baru di bandar ini," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Muafakat MPKB-BRI Bersama Rakyat dan Program Cakno Keluarga Peringkat DUN Kota Lama di sini, semalam. Beliau juga berkata, pada tahun ini MPKB-BRI mensasarkan menjadi bandar paling bersih di negara ini dengan harapan mendapat kerjasama padu di kalangan penduduk. Kata beliau MPKB-BRI sentiasa mengambil berat mengenai kebersihan bandar melalui pelbagai program yang dijalankan termasuk jumpa sampah kutip. "Dengan bilangan penduduk mencecah 500,000 orang, sekiranya semua pihak mengambil berat mengenai kebersihan, tidak mustahil hasrat untuk menjadikan Kota Bharu sebagai bandar terbersih di negara ini akan tercapai," ujarnya. Mengenai tunggakan cukai pintu pula beliau memberitahu sebanyak RM18 juta belum dijelaskan penduduk. "Sedangkan antara hasil pendapatan MPKB-BRI adalah melalui cukai pintu. Tetapi sekiranya penduduk tidak menjelaskan cukai ini, ia akan menjejaskan operasi MPKB-BRI," jelasnya. Pegawai Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Nurdiani Mohamad berkata, Program Cakno Dun Kota Lama mempunyai keunikan kerana disertai pelbagai kaum. "Di Dun lain susah kita lihat intergrasi kaum Melayu, Cina dan India seperti di Dun Kota Lama. Selain dari cakna kepada keluarga, cakna terhadap kaum-kaum lain juga diberikan perhatian oleh kerajaan negeri," katanya. Pada majlis itu Abdul Aziz juga menyampaikan sumbangan MPKB-BRI kepada penduduk miskin, armalah dan anak yatim yang tinggal di sekitar bandar ini. Turut hadir Penyelia Parlimen Kota Bharu, Haji Nik Mahmood Nik Hassan, Ketua Whip MPKB-BRI, Haji Nordin Mohd Nor dan ahli-ahli majlis MPKB-BRI.//Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Great things are happening at Yahoo! Groups. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
