KOTA BHARU, 27 Jun - Kerajaan negeri akan membina kompleks Islam di jajahan Tumpat dan Gua Musang bagi meningkatkan program dakwah dan pembangunan Islam di kawasan terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah, Ustaz Hassan Mohamood berkata, kompleks Islam Tumpat sedang dalam pembinaan yang melibatkan kos sebanyak RM1.8 juta. "Ia dijangka siap pada Ogos ini," ujar beliau lagi semasa menjawab soalan bertulis Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam. Menurutnya, kompleks Islam Jajahan Gua Musang pula masih dalam proses tander dan akan dibuka tawarannya pada Julai ini yang melibatkan kos sebanyak RM1.8 juta, dijangka siap Mei 2007. Selain itu, kata beliau kerajaan negeri menyiapkan perancangan membesar dan menaik taraf Kompleks Balai Islam Lundang membabitkan pembinaan bangunan baru bagi Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman, mahkamah syariah dan sebuah masjid yang akan dilengkapi dengan perpustakaan Islam. "Bagi tujuan pembangunan ini proses pengambilan tanah dibuat bersebelahan dengan kompleks yang ada sekarang," jelasnya. Kerajaan negeri juga mengadakan kajian bagi membina beberapa buah lagi kompleks Balai Islam jajahan termasuk di Pasir Puteh.//Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> See what's inside the new Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
