KOTA BHARU, 27 Jun - Tembakau adalah tanaman yang begitu popular di Kelantan sejak dahulu sehingga sekarang. Malah negeri ini mempunyai keluasan bagi penanaman tembakau paling besar di Malaysia. Bagaimanapun selepas PAS mentadbir Kelantan pada akhir 1990, tanaman itu tidak lagi diberi keutamaan. Agensi khas berkaitan tembakau di bawah kerajaan negeri juga ditutup. Ini kerana tanaman itu adalah makruh dan ada sesetengah ulama mengharamkannya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa, Dr Nik Mazian Nik Mohamed berkata, menurut statistik keluasan tanaman tembakau di Kelantan semakin berkurangan dari setahun ke setahun. "Misalnya pada tahun 2004 keluasan tanaman tembakau seluruh Kelantan dianggarkan seluas 740 hektar di mana melibatkan 9,000 keluarga. Dan pada 2005 berkurangan kepada 520 hektar membabitkan 6,500 keluarga. "Ia berkurangan lagi pada 2006 iaitu 5,000 hektar dan melibatkan 4,000 keluarga penanam. Sejak tiga tahun kebelakangan ini dianggar seluas 2,400 hektar telah berubah kepada tanaman lain," ujarnya pada persidangan Dun, semalam. Menurut Dr Nik Mazian antara langkah yang diambil kerajaan negeri bagi menggalakkan tanaman gantian iaitu memperkenalkan tanaman keledek, jagung, ubi kayu, labu, tembikai dan kenaf. Selain itu kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian juga memulakan program tanaman integrasi dengan ternakan lembu dan akuakultur. Oleh itu katanya, bagi memastikan tanaman gantian terutamanya kenaf mendapat sambutan, kerajaan negeri telah meluluskan permohonan untuk membina sebuah kilang bagi memproses tanaman itu di Pasir Puteh. "Dengan adanya usaha berterusan dijalankan agensi-agensi kerajaan negeri dan Pusat, kita yakin hasrat untuk menggantikan tembakau kepada tanaman lain akan menjadi kenyataan," ujarnya. //Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
