KOTA BAHARU, 1 Julai - Kerajaan Kelantan buat julung kalinya merai dan memberi insentif kepada atlet negeri itu yang meraih kejayaan pada Sukan Malaysia (Sukma) di Kedah baru-baru ini dalam satu majlis jamuan di sini Jumaat malam.
Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri Abdul Patah Mahmood dan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSNK) Amran Mat Nor. Abdul Patah kemudiannya menyampaikan insentif berbentuk wang RM1,000 kepada setiap 21 atlet yang berjaya meraih pingat emas, 13 pingat perak (RM500) dan lapan gangsa (RM250). Ketika berucap, Abdul Patah berkata kejayaan memperoleh 21 pingat emas adalah pencapaian paling gemilang mereka di sukan dwi tahunan itu sedangkan sasaran awal hanyalah 10 pingat emas sahaja. "Kerajaan negeri tidak mahu terkecuali meraikan mereka ini yang telah mengharumkan nama Kelantan," katanya. Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan berganding bahu dengan MSNK mulai tahun depan untuk membentuk pasukan lebih awal ke Sukma di Terengganu pada 2008. "Gerak kerja kita akan bermula awal dengan sasaran lebih 21 pingat emas dan kerajaan negeri memberi jaminan akan membantu sedaya upaya," katanya. Sementara itu, Amran berkata peruntukan RM2 juta setiap tahun daripada kerajaan pusat kepada MSNK mulai tahun depan seperti yang diumumkan baru-baru ini akan dimanfaat untuk membentuk pasukan yang lebih mantap pada 2008. "Saya gembira apabila kebanyakan atlet Kelantan dipilih untuk persiapan negara ke Sukan SEA," katanya. Kelantan memperoleh 19 daripada 21 pingat emas melalui acara angkat berat pada temasya Sukma di Kedah.//Bernama ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> See what's inside the new Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
