KOTA BAHARU, 2 Julai - Keadaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa yang cedera selepas terjatuh dari motosikal berkuasa tinggi kini dilaporkan stabil dan beliau memerlukan rehat yang banyak.
Pakar Rawatan Paru-paru Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian Prof Madya Dr. Kamaruddin Jaalan berkata Annuar kini tidak boleh bercakap banyak kerana mengadu kesakitan akibat kecederaan di bahagian rusuk itu. "Dia mengalami patah satu tulang rusuk kiri dan mengadu sakit apabila bergerak dan bernafas," katanya ketika ditemui pemberita di unit itu di sini. Beliau berkata disebabkan itu, Annuar diberikan ubat penahan sakit supaya dapat berehat dengan secukupnya. "Tahap kesihatan Datuk Seri Annuar bagaimanapun sudah bertambah baik dan dijangka berada di hospital selama seminggu lagi," katanya. Annuar kini dipindahkan ke Wad Diraja pada sebelah tengah hari tadi selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) sejurus kejadian. Dalam kejadian pada pukul 3 petang, Annuar ketika menyertai konvoi 110 buah motosikal berkuasa tinggi dan 10 kereta dari Bukit Marak di sini ke Kok Lanas bagi menghadiri pelancaran Liga Sukan Komuniti Parlimen Ketereh dan Perasmian Arena Futsal di Pusat Khidmat Amal Datuk Annuar Musa (Khadam). Turut serta dalam konvoi berkenaan ialah Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang dijadual merasmikan majlis berkenaan. Motosikal jenis Vulcan 800 yang ditunggangi Annuar hilang kawalan sewaktu menghampiri Politeknik Kok Lanas sebelum terbabas melanggar pagar politeknik terbabit menyebabkan beliau terjatuh.//Bernama #### Takziah untuk Datuk atas kemalangan yg berlaku, diharap Datuk akan pulih dengan segera bagi meneruskan agenda pembangunan negeri dan rakyat kelantan dengan baik bersama dan seiring dengan kerajaan negeri. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> See what's inside the new Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
