GUA MUSANG: Kebanyakan ibu bapa penduduk Orang Asli di pedalaman daerah ini menolak cadangan pendakwah mengahwini anak perempuan mereka kerana bimbang tindakan itu semata-mata mengejar ganjaran RM10,000 yang ditawarkan, bukannya kerana perasaan sayang.
Mereka beranggapan ganjaran wang tunai itu kepada pendakwah agama apabila berjaya mengislamkan anak perempuan untuk dijadikan isteri bukan lahir daripada hati yang suci dan cinta sejati. Penduduk Orang Asli di Kampung Kuala Wok, Bahamil Bal Nawi, 47, berkata perkahwinan yang bakal terjadi itu mungkin tidak ikhlas. "Kalau boleh biarlah mereka suka sama suka baru boleh berkahwin dan ini tidak, datang untuk memeluk Islam dan terus mendirikan rumah tangga. Itu bukan amalan yang baik dan kita tidak suka orang berbuat demikian," katanya. Menurutnya, anak perempuan Orang Asli bukan boleh dijual beli dengan wang ringgit kerana mereka juga ada maruah walaupun kurang berpelajaran dan tinggal di pedalaman. Katanya, pendakwah yang ingin tinggal di perkampungan Orang Asli juga perlu tahu corak kehidupan mereka dan tidak perlu terburu-buru mengejar impian mendapatkan ganjaran yang ditawarkan. "Dunia sekarang semakin pelik apabila pendakwah ditawarkan ganjaran wang untuk menggalakkan berkahwin dengan wanita Orang Asli dan tinggal di kampung kaum itu tanpa memikirkan tugas sebenar dalam mengembangkan agama," katanya. Minggu lalu, kerajaan negeri mengumunkan pemberian ganjaran RM10,000 kepada pendakwah di negeri ini yang sanggup menetap dan berkahwin dengan Orang Asli sebagai galakan kepada mereka menggerakkan program dakwah secara berterusan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah negeri, Hassan Mohamood, berkata langkah itu dapat membantu usaha kerajaan memantapkan Islam Orang Asli di perkampungan masyarakat itu yang kebanyakannya menetap di jajahan Gua Musang dan Jeli. Seorang lagi penduduk, Jimi Angah, 31, berkata wanita Orang Asli sekarang bukan lagi seperti dulu kerana kebanyakan mereka sudah berpelajaran. "Bagi saya, galakan kerajaan negeri menawarkan ganjaran wang tunai kepada pendakwah yang berkahwin dengan perempuan Orang Asli dan tinggal di kampung terbabit suatu galakan tidak munasabah," katanya. Seorang penduduk Orang Asli dari Kampung Kuala Lah, Daud Langsat, 60, berkata kerajaan negeri membuat pelbagai janji dan ganjaran supaya penduduk Orang Asli mudah terpikat dengan tawaran itu. Menurutnya, ramai penduduk Orang Asli sebelum ini juga pernah ditawarkan elaun RM100 sebulan apabila mereka memeluk agama Islam, tetapi sampai sekarang elaun itu tidak diterima.//HM 3 Julai ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Check out the new improvements in Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/6pRQfA/fOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
