KOTA BHARU, - Konvoi Kembara Ilmu Peringkat Negeri Kelantan telah dilepaskan bermula di perkarangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan (PPAK)
 
img92/7707/konvoi6wh.jpg
YB Takiyudin menyampaikan hadiah kepada pesetra konvoi
 
Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan, merangkap Ahli Exco Kerajaan Negeri, Haji Takiyuddin Hassan berkata, Konvoi Kembara Ilmu ini adalah julung kali diadakan dan Kelantan menjadi negeri pertama yang melancarkannya.
 
“Program yang berlangsung selama 4 hari bermula 28 Jun hingga 1 Julai melibatkan 3 jajahan iaitu Kuala Krai, Jeli dan Pasir Mas. Peserta yang terlibat adalah seramai 25 orang dan terdiri daripada kakitangan PPAK sendiri”, ujarnya ketika berucap di Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Ilmu di perkarangan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan.
“Program ini bukan sahaja melibatkan peringkat negeri malah juga akan ke peringkat kebangsaan yang mana konvoi ini akan berlepas ke Kuala Lumpur pada 12 Julai ini”, tambahnya lagi.
Menurut beliau, ilmu tidak akan datang dengan sendiri dan ianya perlu dicari serta diteroka. Selain itu, setiap ilmu yang diperolehi perlu catat serta harus disampaikan kepada orang lain bagi memastikan ianya sentiasa berkembang.
“Para peserta yang terlibat perlu membuat catatan hasil daripada program yang disertai di ketiga-tiga jajahan tersebut. Tiga hadiah bagi catatan terbaik akan diumumkan bagi para peserta yang dapat membuat catatan atau rekod terbaik sama ada dalam bentuk gambar, video atau tulisan. Rekod pemenang akan disimpan sebagai rujukan di PPAK”, ujarnya lagi.
Konvoi yang di ketuai oleh Mohd Idham Mohd Nasir itu akan singgah di setiap perpustakaan cawangan, pekan dan desa terpilih di setiap jajahan yang terlibat. Peserta akan bermalam bersama keluarga angkat yang terpilih.
Pelbagai aktiviti dan acara yang akan diadakan sebagai pengisian dalam program tersebut. Antaranya ialah temuramah bersama tokoh tempatan, kuiz menguji minda peserta, sastera dan budaya, program khidmat masyarakat dan banyak lagi.
Hadir sama pada majlis pelepasan Konvoi Kembara Ilmu tersebut ialah Pengerusi Program Konvoi Kembara Ilmu Peringkat Negeri Kelantan, Dato’ Haji Wan Hashim Wan Ahmad, Pemangku Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Anidah Mohammad, Ahli Lembaga Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan serta para pengawai kanan kerajaan.//upkn

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com __._,_.___


SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke