KOTA BHARU, - Haji Mohd Azmi Haji Nor telah dilantik sebagai Penolong Pengarah (Penerangan) di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) yang baru. Sebelum ini dijawat oleh Pengarah Urusetia Penerangan Sekarang Ustaz Abdul Rahman Yunus.
Haji Mohd Azmi Haji Nor atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mi dilahirkan pada tanggal 18 jun 1959 di Kg. Petani, Sering, Kota Bharu dan merupakan anak yang ke tiga daripada empat adik-beradik.
Beliau yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sering, dari tahun
1966 sehingga tahun 1971. Seterusnya, beliau meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Rendah Kedai Lalat yang mana kini telah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti dari tahun 1972 hingga 1974.
Pada tahun 1975, beliau meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kubang Kerian selama dua tahun. Selepas itu, melanjutkan pengajian ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Sultan Ismail Petra. Seterusnya melanjutkan pengajian ke Maktab Perguruan Ilmu Khas selama 2 tahun.
Beliau mula berkhidmat pada tahun 1982 sebagai seorang pendidik di Sekolah Menengah Marang, Terengganu selama 6 tahun . Pada tahun 1988 bertukar ke Kelantan dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Panji selama 2 tahun.
Pada tahun 1990, beliau ditukarkan pula ke Sekolah Kebangsaan Dabong selama 5 tahun. Selepas itu, beliau mencurahkan bakti pula di Sekolah Kebangsaan Sering selama 5 tahun. Pada tahun 2001 ditukar ke Sekolah Kebangsaan Mentera selama 4 tahun. Pada tahun 2004, beliau ditukarkan pula ke Sekolah Kebangsaan Slow Temiang, Dabong.
Bakti beliau hanya sempat dicurahkan selama 24 tahun sebelum beliau memohon untuk Bersara Pilihan (awal) iaitu pada 1 Jun 2006.
Pengalaman kerja sebagai seorang pendidik anak bangsa selama 24 tahun telah banyak mengajar beliau tentang makna kehidupan dan gelagat anak bangsa. Kejayaan mendidik pelajar-pelajar
sehingga mereka berjaya dan menjadi masyarakat yang berguna telah memberi 1001 makna yang amat berharga bagi diri beliau.
Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang pendidik iaitu Hajjah Zainee Mohd Ishakdan dikurniakan 9 cahayamata sebagai penyeri hidup.
Beliau mempunyai prinsip hidup yang tersendiri iaitu berkerja adalah untuk mencari kepuasan dan keredhaan Ilahi bukannya untuk mendapatkan ganjaran semata-mata.
Beliau juga berhasrat untuk sama-sama memastikan Islam terus berkuasa dan didaulatkan di Negeri Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.
Jawatan baru yang disandang di UPKN ini diharapkan akan dapat menjadi titian mencurahkan bakti untuk sama-sama memacu kecemerlangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan demi menegakkan kedaulatan Islam.//upkn
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
__._,_.___
SPONSORED LINKS
| Florist malaysia | Malaysia hotel |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
