KOTA BHARU, 4 Julai - Kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama 
kepada mana-mana pihak bagi membangunkan bidang sukan di negeri ini 
tanpa mengambil kira ideologi politik. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul 
Patah Mahmood berkata, adalah menjadi matlamat kerajaan negeri tidak 
menjadikan halangan politik bagi pembangunan sukan di Kelantan. 

"Kerajaan negeri sedia memberi kerjasama dengan mana-mana pihak untuk 
memaju dan membangunkan lagi bidang sukan di negeri ini," katanya di 
majlis Penghargaan Atlet Sukma Kelantan 2006, di sebuah hotel di sini 
baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, pemenang pingat diberi insentif sebanyak 
RM1,000, pingat perak RM500 dan gangsa RM250.

Pada Sukma di Kedah Jun lalu, acara angkat berat menyumbangkan pingat 
emas paling banyak kepada kontijen Kelantan iaitu sebanyak 19 pingat, 
di mana 12 pingat daripadanya dimenangi atlet wanita.

Berikutan kejayaan tersebut, atlet angkat berat Kelantan dipilih 
menyertai latihan persediaan untuk mewakili negara pada temasya sukan 
SEA, tahun hadapan.

Abdul Patah juga berkata, kerajaan negeri mengadakan pelbagai program 
bagi memajukan bidang sukan di negeri ini dengan melibatkan 
penyertaan rakyat secara menyeluruh. 

Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN), Amran Mohd Nor berkata, Majlis 
Sukan Negara akan menambah peruntukan tahunannya kepada Kelantan 
iaitu daripada RM1 juta kepada RM2 juta tahun hadapan.

Beliau yang juga Adun Selising menambah, Kementerian Belia dan Sukan, 
memperuntukkan sebanyak RM800,000 untuk atlet Kelantan bagi menyertai 
Sukma tahun ini.

Amran juga berkata, MSN Kelantan akan menjadikan kijang sebagai 
maskot sukan bagi negeri ini.

"Saya ingin memohon restu daripada kerajaan negeri bagi menjadikan 
kijang sebagai maskot rasmi sukan negeri ini pada acara Sukma akan 
datang," ujarnya.

Pada Sukma tahun ini Kelantan pada awalnya hanya mensasar pungutan 10 
emas, namun akhirnya berjaya memungut 21 emas, 13 perak dan 8 gangsa.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa 
Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Rohani Ibrahim; Pengarah 
Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Aziz Yunus dan 
Pengarah MSN, Nordin Haji Awang./Hrkh
 








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Check out the new improvements in Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/6pRQfA/fOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke