PENGKALAN CHEPA, 4 Julai - Adalah menjadi dasar kepada kerajaan 
negeri sejak 16 tahun lalu berusaha melahirkan masyarakat yang 
bertaqwa iaitu selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam. 
Anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Husam Musa berkata, pelbagai 
usaha dilakukan ke arah itu termasuk mengadakan program Cakna 
Keluarga bagi mendidik masyarakat membudayakan hidup beragama. 

"Negara yang harmonis sebenarnya bermula dengan adanya keluarga yang 
baik," katanya ketika merasmikan Cakna Keluarga Peringkat Dun Kijang 
di Kem Kijang, baru-baru ini.

Malah beliau berkata, Islam menyarankan umatnya membina keluarga 
mengikut asas-asas ajaran yang ditetapkan agama bagi mencapai hasrat 
melahirkan keluarga yang baik.

Misalnya kata beliau peraturan menutup aurat bagi wanita diwajibkan 
agama bagi menjaga kesejahteraan dan kehormatan golongan terbabit.

"Dengan menutup aurat, masyarakat akan lebih menghormati kita dengan 
penampilan yang mengikuti kaedah seperti diajarkan agama Islam," 
ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, 
Haji Abdul Aziz Yunus berkata, tiga kumpulan utama diberi penekanan 
dalam setiap program Cakna Keluarga dianjurkan iaitu ayah, ibu dan 
anak.

Pelbagai acara diadakan sepanjang sehari program itu berlangsung 
termasuk sukaneka kanak-kanak, larian merentas desa dan cabutan 
bertuah. Turut hadir anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul 
Halim Abdul Rahman,  Senator Wan Ubaidah Omar dan Pengerusi Kelab 
Kijang Muda, Wan Zainall Alam.//Hrkh
 








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke