GUA MUSANG: Seorang wanita terkilan kerana hasrat dua anak lelakinya 
untuk menziarahi ibu saudara yang tenat di Hospital Universiti Sains 
Malaysia (HUSM) tidak kesampaian apabila mereka terbunuh dalam 
kemalangan di Kilometer 38, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, kelmarin.
  
Suri rumah, Zaidah Yusuff, 45, berkata anak keempatnya, Mohd Zailani 
Hashim, 20, dan anak kelimanya, Mohamad Afandi, 17, bekerja di Shah 
Alam, Selangor, bergegas pulang ke Kampung Keting, Gunung, Bachok 
selepas diberitahu mengenai keadaan ibu saudara mereka yang juga 
kakaknya, Rohani, 47.

"Allahyarham Mohd Zailani ada menelefon sebelum bertolak bahawa 
mereka berhajat menziarahi ibu saudara yang sakit akibat menghidap 
asma.

"Saya melarang mereka pulang dengan kereta kerana bimbang berlaku 
kejadian tidak diingini dan mereka berdua bersetuju mengikut nasihat 
saya. Selepas itu kami menerima panggilan bahawa mereka ditimpa 
kemalangan di Gua Musang," katanya di Hospital Gua Musang, di sini, 
semalam dengan ditemani suaminya, Hashim Abdullah, 48.

Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, kereta dinaiki dua beradik 
bersama abang angkatnya, Alami Yusoff, 24, dan seorang rakan mereka, 
Mohd Sakaruddin Yusoff, 24, terbabas sebelum terbalik dalam longkang.

Mohd Zailani mati di tempat kejadian, manakala adiknya, Mohamad 
Afandi pula meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan Besar 
(PKB) Bandar Ciku.

Alami dan Mohd Sakaruddin, masing-masing cedera parah dikejarkan ke 
Hospital Gua Musang dan Kuala Krai untuk mendapat rawatan lanjut 
selepas menerima rawatan awal di PKB Bandar Ciku.

Zaidah berkata, beliau sering menasihati kedua-dua anaknya itu supaya 
berhati-hati ketika di jalan raya kerana Mohamad Afandi pernah dua 
kali terbabit dalam kemalangan.

Zaidah berkata, kali terakhir dia berjumpa anaknya minggu lalu ketika 
mereka pulang bercuti di kampung.

"Saya tidak sangka itu adalah pertemuan kami yang terakhir dan ini 
adalah ujian daripada-Nya. Kami sekeluarga reda dengan kejadian ini," 
katanya. //BHarian 6 Julai









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke