KOTA BHARU, 5 Julai - Walau pun lantang mengkritik kerajaan negeri 
dan PAS, namun Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 
tetap prihatin dan bertanya khabar kemalangan yang menimpa Dato' Seri 
Annuar Musa.

Kelmarin Setiausaha Politiknya, Haji Anual Bakri Harun menziarahi 
Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan yang dirawat di Hospital 
Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, akibat terjatuh dari 
motosikal, baru-baru ini.

"Menteri Besar meminta saya datang bagi menyampaikan salamnya dan 
bertanya khabar. Beliau tidak dapat datang kerana masih kurang sihat 
selepas mendapat rawatan susulan di IJN," katanya di sini.

Menurutnya, pemimpin terbabit biar pun sudah dipindahkan dari wad 
Unit Rawatan Koronari, namun masih lagi kelihatan dimasukkan wayar 
dan makan terpaksa disuap. 

Anggota Exco kerajaan negeri, Takiyuddin Hassan bersama Setiausaha 
Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat turut 
menziarahi Adun Kok Lanas sebelum itu. 

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, beliau belum 
berkesempatan menziarahi Annuar kerana berada di luar Kelantan semasa 
kejadian menimpa pemimpin berkenaan.

Baru-baru ini, Annuar terjatuh dari motosikal berkuasa besar jenis 
Vulcan 800 ketika menyertai konvoi bersama Timbalan Menteri 
Penerangan, Dato' Ahmad Zahid Hamidi dari Bukit Marak ke Kok Lanas.

Annuar dikatakan hilang kawalan ketika menghampiri Politeknik Kok 
Lanas sebelum melanggar tembok sehingga menyebabkan dia dikatakan 
terjatuh ke dalam parit. Akibatnya beliau mengalami patah tulang 
rusuk.//Hrkh






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke