KOTA BHARU 6 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan meninjau 
perkembangan projek pembangunan di kawasan pedalaman dan pesisir 
pantai negeri ini dalam lawatan kerja selama dua hari awal bulan 
depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa 
berkata, lawatan Perdana Menteri ke negeri ini pada awalnya 
dijadualkan pada penghujung bulan lalu.

Katanya, walaupun ia ditunda ke bulan hadapan namun jadual lawatan 
tidak berubah dengan meninjau program-proram pembangunan yang telah 
dilakukan dan dirancang di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-
9).

"Perdana Menteri akan dibawa melawat ke kawasan pedalaman di jajahan 
Kuala Krai serta lawatan ke pesisir pantai negeri ini yang melibatkan 
Bachok dan Pasir Puteh yang bakal dibangunkan sebagai pusat 
pertumbuhan baru untuk Anjung Timur.

"Perdana Menteri mahu melihat pelaksanaan program ini yang turut 
melibatkan beberapa daerah di Terengganu dapat disegerakan selain 
mahu memastikan segala apa yang dirancang berjalan lancar,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat Badan 
Perhubungan UMNO Kelantan di wad rawatan Hospital Universiti Sains 
Malaysia (HUSM) di sini hari ini.

Annuar yang mempengerusikan mesyuarat di dalam wad kerana beliau 
masih dirawat setelah ditimpa kemalangan jalan raya baru-baru ini 
berikutan motosikal kuasa besar yang ditungganginya terbabas.
Sementara itu mengenai kesihatannya, Annuar berkata, keadaannya kini 
sudah semakin baik malah pada hari ini beliau sudah boleh berjalan 
sedikit.

"Menurut doktor, tidak lama lagi saya boleh keluar dari hospital dan 
dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi saya yakin boleh kembali 
bertugas.

"Ia lambat sikit pulih sebab tulang yang retak itu adalah tulang 
rusuk, sukar hendak bergerak selagi ia tidak pulih sepenuhnya.
"Saya ucap terima kasih kepada semua yang hadir menziarahi saya di 
wad sejak beberapa hari lalu,'' jelasnya.

Tambah beliau, mesyuarat yang diadakan hari ini adalah untuk 
memastikan kelicinan perjalanan dua program utama UMNO negeri yang 
akan berlangsung minggu hadapan.

"Ia mengenai mesyuarat khas peringkat bahagian dan Liga Sukan 
Komuniti yang akan dirasmikan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri 
Hishammuddin Tun Hussein," katanya./Utusan

Majlis bersama Dr Mahathir di Kota Bharu 28 Julai? 

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Majlis bersama Tun Dr Mahathir Mohamad 
dijangka diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 28 Julai ini, namun 
kemungkinan besar ia tidak akan menjadi kenyataan berikutan 
perkembangan mutakhir politik tanahair. 

Difahamkan majlis tersebut pada awalnya mahu di anjurkan oleh 
Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) cawangan Kelantan di sebuah 
hotel di bandar tersebut. 

Namun menurut sumber, Mubarak telah menarik diri daripada 
menganjurkan majlis itu dan ini menjadikan `status' majlis itu 
terumbang-ambing – sama ada diteruskan oleh penganjur lain atau 
dibatalkan terus. 

Mubarak dikatakan menarik diri kerana tidak mahu disalahanggap 
sebagai menyokong Dr Mahathir dalam krisis antara kedua-dua pemimpin 
negara itu. 

"Tujuan kita menganjurkan majlis ini tiada kena mengenai dengan 
krisis Tun dengan Pak Lah. Jemputan kepada Dr Mahathir telah dihantar 
lebih sebulan yang lalu, sebelum meletus krisis antara kedua-dua 
mereka. 

"Kita mengambil keputusan menarik diri bagi mengelak sebarang 
kekeliruan atau menghangatkan lagi krisis antara kedua-dua pemimpin 
negara itu," kata seorang bekas wakil rakyat Barisan Nasional 
Kelantan yang menganggotai Mubarak. 

Menurut sumber berkenaan, ada pihak lain berminat untuk mengambil 
alih pengajuran majlis tersebut tetapi belum dapat disahkan setakat 
ini. 

Program jelajah negara?
Berita kunjungan Dr Mahathir ke Kota Bharu itu hangat diperkatakan di 
ibunegara kebelakangan ini kerana ia dianggap sebagai permulaan 
kepada program jelajah negara Dr Mahathir bagi meneruskan kritikannya 
terhadap kerajaan. 

Dr Mahathir kini sedang bercuti di Turki bersama keluarganya. Beliau 
berlepas 2 Julai lalu dan dijangka pulang pada 20 Julai ini. 

Sementara itu, sumber-sumber yang rapat dengan Dr Mahathir pula 
mengesahkan ada menerima undangan dari Mubarak. 

"Benar ada undangan untuk Tun ke satu majlis di Kelantan pada 28 
Julai. Undangan itu kita terima lebih sebulan yang lalu. Tetapi saya 
sendiri tidak pasti statusnya sekarang," ujarnya. 

Bagaimanapun, menurutnya, majlis itu tiada kena mengena dengan 
perkembangan politik negara ketika ini. 

Menurutnya, cadangan ke Kota Bharu itu juga bukan satu 
siri "roadshow" Dr Mahathir bagi menjelaskan kritikannya terhadap 
kerajaan sekarang. 

"Tidak ada sebarang `roadshow' untuk Tun, itu semua hanya spekulasi 
dan imiginasi pihak tertentu sahaja," jelasnya. 
//Malaysiakini







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke