KOTA BHARU: Polis Kelantan melancarkan gerakan besar-besaran mengesan seorang penagih dadah yang disyaki membunuh adiknya menggunakan lawi ayam di rumahnya di Kampung Tikat, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), dekat sini, kelmarin.
Gerakan yang membabitkan 30 anggota Cawangan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kota Bharu, bermula kelmarin, selepas mendapati pemuda terbabit, Mohd Zaeim Sabri, 23, melarikan diri. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata pihaknya percaya pemuda terbabit masih berada di sekitar bandar ini. Beliau berkata, pemuda itu dipercayai melarikan diri menggunakan motosikal Honda EX5, yang menggunakan nombor pendaftaran DAM 3434. Dalam kejadian kelmarin, seorang pelajar Politeknik, Seberang Prai, Pulau Pinang, Mohd Nazirin, 21, maut selepas tertikam lawi ayam ketika bergelut dengan abangnya berhubung kejadian telefon bimbitnya hilang. Mohd Nazirin meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kira-kira jam 1 pagi, selepas mengalami kecederaan parah di dada kiri.//BHarian 7 Julai --- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Re: Kelantan: Kerana telefon, adik terbunuh ditikam abang sendiri > KOTA BHARU: Gara-gara telefon bimbit, seorang remaja mati di tangan > abang kandungnya, bekas seorang penagih dadah ketika bergelut di > rumah ibu mereka di Kampung Tikat, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini, > tengah malam kelmarin. > > Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, ketika > ditemui pemberita mengesahkan kejadian itu berpunca daripada > pergaduhan antara dua beradik. > > Abdul Rahim berkata, polis sedang memburu suspek dan menyiasat kes > itu mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan. > > Sumber terdekat dengan keluarga terbabit berkata, mangsa cedera parah > akibat ditikam pada dada kirinya meninggal dunia ketika rawatan di > Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini. > > Katanya, dalam kejadian pada jam 12.15 tengah malam itu, mangsa yang > berusia 18 tahun diserang abang kandungnya menggunakan sejenis > senjata dipanggil `lawi ayam'. > > Mangsa ditikam ketika cuba merampas senjata itu daripada tangan > abangnya. > > Sumber itu berkata, sebelum kejadian, suspek yang sedang tidur di > sebuah restoran milik keluarga mereka di Jalan Pengkalan Chepa di > sini tiba-tiba mengamuk apabila menyedari telefon bimbit diambil > adiknya. > > "Suspek kemudian pergi ke rumah ibu mereka di Kampung Tikat kerana > percaya telefon itu diambil ahli keluarganya sendiri dan mengamuk > sehingga sukar dikawal," katanya. > > Sumber itu berkata, ketika itulah berlaku pergaduhan dan suspek > mengejar dan memukul mangsa dengan sebuah kerusi kayu sebelum menikam > dadanya dengan `lawi ayam'. > > Suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal selepas > mendapati adiknya rebah ke tanah dengan dada berlumuran darah. Rakan- > rakan mangsa kemudian menghantarnya ke hospital dan beliau meninggal > dunia tidak lama kemudian. > > Mangsa dikatakan sedang menjalani latihan praktikal untuk > menghabiskan pengajiannya di Politeknik Seberang Prai di Pulau Pinang. > > Ibu mangsa seorang kakitangan kerajaan yang berumur 47 tahun ketika > dihubungi enggan menceritakan detik malang membabitkan dua anaknya > itu. //BHarian 6 Julai > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Something is new at Yahoo! Groups. Check out the enhanced email design. http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
