PASIR MAS, 7 Julai - Orang ramai di sini berharap Keretapi Tanah 
Melayu Bhd (KTMB) menyelesaikan segera masalah tanah miliknya dengan 
kerajaan negeri bagi membolehkan jejantas melintasi landasan kereta 
api dibina segera. 
Ini memandangkan kerajaan negeri masih menunggu penyelesaian masalah 
tersebut dengan KTMB sebelum kerja-kerja awal projek yang melibatkan 
peruntukan RM13 juta itu dimulakan.

Seorang penduduk Mohamad Saman, 66 dari Kampung Kasar berharap pihak 
KTMB menyelesaikan segera masalah tersebut memandangkan kerajaan 
negeri berhasrat membina jejantas terbabit bagi menyelesaikan masalah 
trafik di pusat bandar ini.

"Tiada sebab perkara itu lambat diselesaikan memandangkan penduduk 
yang tinggal di kawasan terbabit dengan projek difahamkan bersetuju 
menyerah tanah mereka apabila dibayar pampasan yang setimpal," 
katanya di sini.

Deraman Bakar, 50 dari Kampung Panjang berharap masalah teknikal 
berkaitan tanah yang berlaku sekarang diselesaikan segera memandang 
kesesakan lalu lintas di Pasir Mas berlarutan sejak sekian lama.

Sebelum ini anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Md Anizam Abdul 
Rahman berkata, masalah teknikal berkaitan tanah KTMB menyebabkan 
projek pembinaan jejantas belum dapat dimulakan.

Menurutnya, Jabatan Kerjaraya dan KTMB masih berunding mengenai 
perkara itu yang dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Kerajaan negeri terpaksa membina jejantas tersebut memandangkan 
kerajaan Persekutuan tidak berminat membinanya. Difahamkan peruntukan 
yang disediakan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan bagi tujuan itu 
sebelum ini tidak dimanfaatkan.//Hrkh

 
 






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke