KOTA BHARU: Seramai 30 pengusaha kedai makan termasuk peniaga runcit 
di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, dekat sini, mendakwa terjejas 
berikutan tapak gerai baru disediakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-
Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sempit dan tidak selesa.

Mereka mendakwa, tapak baru bersaiz 3.04 meter lebar dan panjang itu 
dikatakan tidak sesuai dijadikan kedai makan kerana ia hanya mampu 
memuatkan dua meja sahaja.

Selain itu, pengusaha dan peniaga terbabit juga tidak dibenarkan MPKB 
berniaga di luar petak dan mereka boleh dikompaun jika ingkar arahan.

Berikutan itu, ramai tidak berpuashati dan mengeluh kerana punca 
pendapatan yang selama ini diperoleh untuk menyara keluarga akan 
terjejas teruk.

Ketika ini, mereka mampu memperoleh pendapatan agak lumayan kerana 
dianggarkan lebih 100 pengunjung terutama dari luar Kelantan memilih 
untuk minum dan makan di gerai terbabit. 

Ramai antara mereka itu membayangkan akan terpaksa `gulung tikar' 
sekiranya MPKB-BRI tetap berkeras juga tidak mahu mengubahsuai saiz 
tapak baru itu mengikut saiz tapak lama, bersaiz 3.04 x 3.6 meter.

Difahamkan, walaupun tapak lama juga agak kecil, tetapi setiap 
peniaga dan pengusaha kedai makan dibenarkan menjalankan perniagaan 
mereka di kaki lima tetapi akan dikenakan sewa berjumlah RM240 
sebulan.

Peniaga kedai makan, Mohd Azman Mahmud, 46, berkata semua peniaga 
termasuk kedai runcit sudah diarahkan berpindah ke tapak baru pada 8 
Julai nanti.

Menurutnya, dia juga difahamkan, bahawa selepas tarikh itu mereka 
tidak berpindah, bekalan elektrik akan dipotong.

"Kami tidak puas hati dengan apa yang dijanjikan oleh MPKB-BRI. 
Dengan pihak pemaju, mereka cakap lain tetapi dengan kami, mereka 
cakap tidak sama.

"Pada mesyuarat beberapa hari lalu, kami memutuskan berjumpa Menteri 
Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat buat kali kedua bagi 
membincangkan masalah itu," katanya.

Peniaga kedai runcit, Che Ahmad Che Senik, 58, berkata dia 
berkemungkinan akan menutup kedainya itu memandangkan keadaan tapak 
baru terlalu sempit dan sukar untuk menyimpan bekalan barangannya.

"Pasar borong ini dianggap mercu tanda baru Kelantan. Ramai peniaga 
Melayu berniaga di sini. Bila diberitahu pasar ini bakal berubah 
wajah, saya terkejut melihat tapak gerai baru tidak sesuai untuk 
dijadikan tempat perniagaan.

"Selepas ini, mungkin ramai peniaga akan berpindah ke kawasan lain 
dan tidak akan berniaga di sini lagi," katanya yang berniaga di Pasar 
Borong Wakaf Che Yeh sejak lapan tahun lalu. 

Seorang lagi peniaga, Ramlah Daud, 55, semua peniaga memang ingin 
berpindah ke tapak baru itu tetapi selepas melihat keadaannya ramai 
menjadi kecewa.//





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke