KOTA BHARU: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Kelantan 
semalam mengambil keputusan membatalkan dialog bersama Tun Dr 
Mahathir Mohamad, yang dijadual diadakan 27 Julai ini.

Naib Pengerusinya, Datuk Mohd Rozali Isohak, berkata keputusan itu 
selaras larangan Mubarak Pusat kepada ahli gabungannya supaya tidak 
menganjurkan program yang boleh dijadikan pentas bagi mengeruhkan 
politik negara.

Beliau berkata, larangan itu bagi mengelakkan kekeliruan serta 
membawa kepada suasana politik negara yang kurang stabil.

"Mubarak kecewa kerana majlis penerangan yang membabitkan bekas 
Perdana Menteri itu disalahgunakan pembangkang terutama Pas. 

"Ia menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli Mubarak dan penyokong 
Barisan Nasional (BN)," katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Mohd Rozali berkata, berikutan itu, Mubarak pusat mengeluarkan arahan 
kepada Mubarak negeri supaya tidak menganjurkan apa-apa majlis yang 
dihadiri oleh bekas Perdana Menteri itu.//BHarian 10 Julai





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke