GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kelantan membelanjakan hampir RM200,000 bagi membiayai Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) untuk keluarga miskin sekitar Gua Musang sepanjang tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Md Yusoff Abd Ghani, berkata sebahagian besar penduduk dikenal pasti bagi menerima bantuan itu terdiri keluarga miskin dan berpendapatan rendah termasuk Orang Asli. Beliau berkata, pemilihan keluarga dalam kategori kurang zat makanan itu dibuat berdasarkan kajian serta penelitian kehidupan keluarga terbabit khususnya anak-anak mereka yang masih bersekolah. "Kerajaan Pusat mengambil pelbagai pendekatan baru untuk memberi sinar kepada penduduk yang berdepan dengan masalah kurang zat dan bantuan percuma diberikan untuk tempoh lima kali bagi tahun ini saja," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan PTMS kepada 34 keluarga penduduk Orang Asli dari Kampung Kuala Wok dan Kuala Lah, di Kampung Kuala Lah, dekat sini, semalam. Md Yusoff berkata, pemberian bantuan kepada keluarga penduduk Orang Asli adalah pusingan pertama, sebelum disusuli pusingan kedua sehingga kelima bergantung kepada kesihatan keluarga terbabit. Beliau berkata, makanan utama yang dibekalkan kepada mereka termasuk beras, tepung gandum, minyak masak, ikan bilis, susu, kacang hijau, gula dan vitamin. "Selepas itu pemeriksaan kesihatan, terutama berat badan akan dilakukan bagi memastikan tahap kesihatan mereka meningkat," katanya. Katanya, bancian menunjukkan hampir 400 penduduk layak menerima bantuan PTMS, termasuk di DUN Nenggiri, Galas dan Paloh. Beliau berkata, penduduk Orang Asli di Kampung Kuala Betis yang paling ramai diberi bantuan itu kerana mereka berdepan dengan masalah kesihatan dan kurang zat makanan.//BHarian 10 Julai ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
