KOTA BHARU, 11 Julai - Kerajaan negeri menyediakan peruntukan  khas 
untuk mengatasi masalah dihadapi peniaga di tapak baru Pasar Borong 
Wakaf Che Yeh bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan dengan 
lebih selesa. 
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, 
Takiyuddin Hassan berkata, beliau akan berusaha sedaya mungkin 
terutamanya memastikan peniaga yang belum mempunyai tapak perniagaan 
di tempat baru mendapat tempat.

"Kami berjanji sekiranya terdapat tapak yang tidak dimiliki sesiapa, 
peniaga terbabit akan diberikan lesen untuk berniaga di tempat baru," 
katanya selepas mesyuarat khas Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar 
Raya Islam (MPKB-BRI), di pejabat semalam.

Sebelum ini ada peniaga di tapak lama Pasar Borong Wakaf Che Yeh 
mendakwa gagal mendapat tempat di tapak baru sekarang. Selain itu ada 
juga peniaga memberitahu tempat baru tersebut agak sempit dan kurang 
selesa.

MPKB BRI memindahkan peniaga di tapak lama ke kawasan baru 
memandangkan lokasi itu akan dibangunkan Pasar Awam Bersepadu 
menggantikan pasar borong yang sedia ada.
 
Pasar baru yang lebih moden itu akan dibina di kawasan seluas enam 
ekar membabitkan kos sebanyak RM70 juta. Ia mampu menempatkan 1,200 
peniaga. Pembinaannya dijangka siap akhir 2008.
 
Oleh itu bagi membolehkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan 
seperti biasa, MPKB BRI menyediakan tapak perniagaan sementara di 
kawasan seluas 4.5 ekar tidak jauh dari tapak lama yang mampu 
menampung lebih 700 peniaga.
 
Takiyuddin berkata, lot di tempat baru akan diberi keutamaan kepada 
peniaga yang memohon serta mempunyai lesen perniagaan.

Menurutnya juga, kemungkinan peniaga di tapak lama gagal mendapat lot 
di tapak baru sekarang kerana mereka gagal memenuhi syarat-syarat 
ditetapkan MPKB-BRI.

"Kita berharap peniaga bersabar dan MPKB-BRI dan pemaju akan 
menyelesaikan masalah itu secepat mungkin," ujarnya.

Pasar Borong Wakaf Che Yeh adalah antara tempat yang menjadi tumpuan 
utama pelancong di Kelantan. Ia beroperasi bermula sebelah petang 
sehingga awal pagi. Ketika musim cuti persekolahan lokasi itu begitu 
sesak sekali.//Hrkh

 






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Check out the new improvements in Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/6pRQfA/fOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke