| Sebaliknya pihak lain iaitu kumpulan veteran Umno difahamkan bersedia meneruskan program tersebut yang dijangka diadakan di Hotel Perdana pada jam 3 petang. Jurucakapnya ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. Dr Mahathir dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa jam 11 pagi. Ahli Mubarak, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim berkata, biar pun Mubarak membatalkan rancangan awal mengadakan dialog dengan bekas perdana menteri, namun Tun Dr Mahathir tetap akan datang ke sini. "Adalah tidak berbangkit sama sekali kedatangan Tun Dr Mahathir dibatalkan kerana sudah ada pihak lain yang mengambil aih bagi meneruskan program yang dirancang sebelum ini. "Lagi pun pada sebelah malam Tun akan hadir pada majlis 'Malam Perjuangan Belum Selesai' di Hotel Grand Riverview yang terbuka kepada orang ramai. Program itu dianjurkan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK)," katanya ketika dihubungi di sini. Sebelum ini, Naib Pengerusi Mubarak Cawangan Kelantan, Dato' Mohd Rozali Isohak dilaporkan berkata, Mubarak peringkat negeri tidak dibenar
menganjurkan apa-apa program majlis penerangan bagi memberi platform kepada Dr Mahathir. Sedangkan sebelum itu, Mubarak membuat kenyataan tetap menganjurkan program bersama Dr Mahathir, biar pun tindakan itu difahamkan tidak disenangi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa. Ahmad Rusli yang juga Setiausaha Agung MTRK berkata, Dr Mahathir akan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai program berkenaan. Oleh itu beliau mempelawa pelbagai lapisan masyarakat termasuk pegawai-pegawai kerajaan hadir pada program tersebut bagi mendapat penjelasan sebenar mengenai konflik yang berlaku di antara Dr Mahathir dan Perdana Menteri sekarang. Dalam perkembangan berkaitan, Mubarak
Cawangan Kelantan difahamkan dipengerusikan Dato' Ahmad Shahibuddin Mohd Noor. Ia hanya dianggotai bekas-bekas wakil rakyat Barisan Nasional. Bagaimanapun badan itu dikatakan mempunyai hubungan dingin dengan Annuar, sebaliknya lebih rapat dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Dato' Dr Awang Adek Hussin. //Hrkh Lagi berita --> http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=3241 |
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
__._,_.___
SPONSORED LINKS
| Florist malaysia | Malaysia hotel |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
