KOTA BAHARU, 13 Julai -- Seorang guru agama memilih untuk menyelamatkan ibu saudaranya yang kurang upaya dahulu menyebabkan kereta dan rumahnya di Bunut Payung di sini hangus dijilat api pagi tadi.
Mustafa Apipi Hassan Hilmi, 59, berkata beliau kehilangan kereta Chevrolet berharga RM80,000 dan rumah tinggalan bapanya yang dibina pada 1959 dalam kebakaran pada pukul 4 pagi. Beliau menyedari kebakaran itu apabila dikejutkan oleh anaknya yang tidur di bilik bersebelahan. "Selepas itu, saya terus membawa keluar ibu saudara saya yang berumur 58, isteri dan anak-anak saya," kata Mustafa Apipi yang juga bekas pengetua Maktab Rendah Sains Mara Kuala Berang. Tiga kereta bomba dengan 15 anggota berjaya mengawal api daripada merebak ke sebuah madrasah di belakang rumahnya dalam masa setengah jam. Punca kebakaran belum diketahui.//Bernama ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Something is new at Yahoo! Groups. Check out the enhanced email design. http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
