Laporan harakah KOTA BHARU, 12 Julai - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) menguatkuasa peraturan bagi melarang orang Islam memasuki restoran khas milik bukan Islam yang dibenarkan menjual minuman keras (beer). Oleh itu kesemua restoran khas terbabit termasuk 25 premis yang dibenarkan menjual beer diminta memasang papan tanda bagi melarang orang Islam memasuki kedai mereka.
Ahli Majlis, MPKB BRI, Pang Soon Yaw berkata, kesemua pemilik restoran khas diminta memasang papan tanda berkenaan berkuatkuasa sekarang bagi memastikan orang Islam tidak mengunjungi kedai terbabit. "Selain itu 25 restoran khas yang diberi kebenaran menjual minum keras diminta menulis perkataan beer di kedai mereka bagi mengenal pasti hanya restoran tersebut sahaja dibenarkan menjual minuman keras. "Peraturan baru juga mensyaratkan orang Islam sama ada lelaki atau wanita tidak dibenarkan bekerja di restoran terbabit, yang hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 malam sahaja," katanya selepas mesyuarat dengan pemilik restoran khas di MPKB BRI, hari ini. Mesyuarat tersebut dipengerusikan Setiausaha MPKB BRI, Nazran Mohammad. Pang berkata, syarat itu diperkenalkan bertujuan menyelaraskan peraturan yang telah ditetapkan memandangkan sebelum ini ada peniaga tidak memperdulikan syarat-syarat ditetapkan. "Pada pertemuan hari ini peniaga-peniaga terbabit bersetuju mematuhi peraturan tersebut," ujarnya. Sementara itu, dalam perkembangan lain MPKB BRI akan meneruskan usaha menghapus tikus menerusi kaedah meracun sebagaimana yang telah dipraktik sejak September tahun lalu. Pengarah Perhubungan Awamnya, Azman Mohd Daham berkata, pihaknya masih memberi peluang kepada sebuah syarikat untuk meneruskan aktiviti itu sebagai usaha menjaga kebersihan kawasan bandar. Malah katanya, ekoran penggunaan racun, tikus sekarang semakin berkurangan terutamanya di kawasan pasar. Kata beliau, syarikat tempatan yang dilantik akan memastikan kaedah meracun tikus sama ada menggunakan semburan atau seumpamanya dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Beliau juga berharap peniaga tidak membuang sisa makanan sesuka hati bagi mengelakkan tikus membiak semula. --- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: >Re: Kelantan: Muslims Not Allowed To Patronise Restaurants Which Sell Liquor > Muslims Not Allowed To Patronise Restaurants Which Sell Liquor > > KOTA BAHARU, July 12 (Bernama) -- The Kota Baharu Municipal Council > (MPKB) has enforced the regulation prohibiting Muslims from > patronising Chinese restaurants selling liquor and beer in Kelantan. > > MPKB secretary Nazran Mohamad said the directive, which went into > force immediately, was in line with the state government's aspiration > to eliminate liquor consumption among Muslims. > > "The regulation was introduced a long time ago but it had been > ignored. However, the directive does not affect all Chinese > restaurants but only those which sell beer and liquor," he told > reporters at his office here today after a meeting with the affected > restaurant operators. > > A directive to this effect has been issued by the Kota Baharu > Municipal Council (MPKB) to restaurant operators with permits to sell > beer and liquor to > > There are 25 restaurants in the town area which have been given > special licence to sell beer while those selling liquor have to > obtain licence from the Customs Department. > > "Owners of the restaurants are required to put up notices at the > entrance of their premises to inform Muslims that they are not > allowed to patronise the place," said Nazran. > > ***** > > satu lagi langkah kerajaan kelantan yg mungkin tidak popular > dikalangan sesetangah pihak terutama 'kaki pitis'..tunggu komen ahli > politik lepas nih > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Something is new at Yahoo! Groups. Check out the enhanced email design. http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
