terima kasih buat saudara atas penyampaian berita nie...

buat pengetahuan saudara, saya sekarang berada di luar negara. dan kejadian ini berlaku hampir dengan rumah saya. jadi, boleh tak nak minta jasa baik saudara hantarkan kepada saya link berita ini agar saya dapat baca dgn sepenuhnya.

sekian...

abuhafizd <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
KOTA BAHARU, 13 Julai -- Seorang guru agama memilih untuk
menyelamatkan ibu saudaranya yang kurang upaya dahulu menyebabkan
kereta dan rumahnya di Bunut Payung di sini hangus dijilat api pagi
tadi.

Mustafa Apipi Hassan Hilmi, 59, berkata beliau kehilangan kereta
Chevrolet berharga RM80,000 dan rumah tinggalan bapanya yang dibina
pada 1959 dalam kebakaran pada pukul 4 pagi.

Beliau menyedari kebakaran itu apabila dikejutkan oleh anaknya yang
tidur di bilik bersebelahan.

"Selepas itu, saya terus membawa keluar ibu saudara saya yang berumur
58, isteri dan anak-anak saya," kata Mustafa Apipi yang juga bekas
pengetua Maktab Rendah Sains Mara Kuala Berang.

Tiga kereta bomba dengan 15 anggota berjaya mengawal api daripada
merebak ke sebuah madrasah di belakang rumahnya dalam masa setengah
jam.

Punca kebakaran belum diketahui.//Bernama



How low will we go? Check out Yahoo! Messenger’s low PC-to-Phone call rates. __._,_.___


SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke