KOTA BHARU: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) 
Kelantan hanya menyediakan khidmat guaman kepada ahlinya yang 
berdepan dengan kes bukan jenayah.

Setiausaha NUTP Kelantan, Amir Abdullah, berkata khidmat guaman 
secara percuma itu hanya disediakan kepada warga pendidik atau guru 
yang mendaftar sebagai ahli.

Beliau berkata, khidmat guaman terbabit diberikan kepada ahli yang 
layak selepas siasatan awal pihak berkuasa mendapati mereka menjadi 
mangsa aniaya. 

"NUTP memang menyediakan khidmat guaman tanpa sebarang bayaran kepada 
setiap guru tetapi syaratnya mereka sudah menjadi ahli dan membayar 
yuran setiap tahun.

"Khidmat guaman ini hanya tertakluk kepada guru yang terbabit dengan 
kes bukan jenayah. Perbuatan jenayah berat kita tidak sediakan 
peguam, mereka kena cari sendiri," katanya di sini, semalam.

Beliau memberitahu demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan NUTP 
Kelantan menyediakan khidmat guaman kepada seorang guru besar yang 
kini ditahan polis semalam, kerana disyaki mencabul guru dan murid 
sendiri dekat Gua Musang, sejak beberapa bulan lalu.

Amir berkata, NUTP mahu polis menyiasat perbuatan itu secepat mungkin 
dan jika kejadian cabul benar berlaku, guru besar berkenaan mesti 
didakwa dan menerima hukuman setimpal. 

"Biarlah undang-undang akan menghukum guru besar itu kerana kita juga 
mahu mengetahui kebenaran dakwaan guru wanita berkenaan sama ada 
betul atau sebaliknya.

"NUTP harap semua ahli kesatuan guru negeri ini bersabar dengan 
kejadian ini kerana kes ini masih dalam siasatan," katanya.//BHarian 
14 Julai







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke