KOTA BAHARU, 14 Julai - Kerajaan Kelantan akan menghantar wakilnya untuk berbincang dengan kerajaan pusat tidak lama lagi bagi membolehkan geran keseimbangan kepada pihak berkuasa tempatan Kelantan disalurkan terus kepada kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan baru-baru ini supaya kerajaan pusat mengembalikan keadaan itu seperti biasa. Tindakan menyalurkan geran itu melalui entiti yang lain seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) hanya akan menjejaskan kelicinan pentadbiran agensi kerajaan seperti JPPK, katanya kepada Bernama di sini, hari Jumaat. "Kerajaan Kelantan tidak mempersoal tindakan kerajaan pusat tetapi kenapa perlu membezakan status PBT Kelantan dengan PBT negeri lain yang juga merupakan agensi kerajaan kecuali ada muslihat lain," katanya mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting berhubung perkara itu. Pada 6 Julai lalu, Ong dilaporkan meminta kerajaan negeri supaya tidak mempertikai tindakan itu kerana ia merupakan dana kerajaan pusat dan terpulang bagaimana ia disalurkan kepada PBT. Takiyuddin membangkitkan perkara itu dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 26 Jun lalu dan menyifatkan tindakan itu sebagai isu politik yang akan menyulitkan rakyat Kelantan. Takiyuddin berkata jika ia disalurkan kepada JPPK, ia akan membebankan agensi itu selain tidak menepati sasaran untuk melicinkan pentadbiran agensi kerajaan. Peruntukan geran itu bertambah menjadi RM21.93 juta tahun ini bagi PBT Kelantan berbanding RM12.418 juta sebelum ini hasil formula baru dalam perkiraan geran itu yang dibuat pada 1 Mac lalu, untuk 12 pihak berkuasa di Kelantan.//Bernama **** Re: Kelantan: Rakyat pertikai salur geran melalui JPP --- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > KOTA BHARU, 13 Julai - Pelbagai pihak di sini mempertikaikan > peraturan baru Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan > mengagihkan geran keseimbangan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) > di Kelantan. > > Peraturan baru itu menetapkan geran keseimbangan kepada Kelantan > hendaklah disalur melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan > tidak lagi secara terus kepada kerajaan negeri. > > Presiden Persatuan Pelindung Pengguna, Haji Ahmad Othman berkata, > kerajaan Pusat hendaklah menyatakan secara telus mengapa peraturan > baru itu dikuatkuasakan. > > "Ini memandangkan PAS sudah menerajui kepimpinan negeri hampir 16 > tahun lalu dan mengapa baru sekarang perubahan hendak dibuat. > > "Menteri terbabit perlu menjelaskan secara jujur kerana peraturan > baru tersebut tentunya akan menyusahkan PBT bagi melaksanakan sesuatu > program bagi manfaat rakyat," katanya di sini. > > Pada persidangan Dewan Undangan Negeri akhir Jun lalu, Pengerusi > Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Takiyuddin > Hassan berkata, geran keseimbangan kepada 12 PBT di Kelantan tidak > lagi disalur terus kepada pihak terbabit sebaliknya terpaksa melalui > JPP terlebih dahulu. > > Ahmad berkata, sekiranya pentadbiran kerajaan negeri khususnya PBT > telah melakukan penyelewengan terhadap geran yang diberi sebelum ini, > tindakan berkenaan dianggap wajar dilakukan. > > "Tetapi sekiranya tidak berlaku sedemikian, saya rasa tindakan > tersebut amat tidak kena, antaranya akan melambatkan program > pembangunan yang dirancang di setiap PBT di Kelantan," ujarnya. > > Oleh itu beliau berharap kementerian terbabit mengkaji balik > peraturan baru tersebut kerana ia juga bercanggah dengan amalan > demokrasi seperti dilaung-laungkan kerajaan. > > Ahli Jawatankuasa Persatuan Muslim India Kelantan, Musa Amin berkata, > perubahan baru yang dilakukan terhadap negeri ini sebenarnya ada > motif politik. > > Kata beliau, mengapa perkara itu baru hendak dilaksanakan, tentunya > ada mesej politik yang disembunyi, memandangkan PAS sudah mentadbir > negeri ini lebih 15 tahun. > > "Kalau tidak ada desakan daripada pemimpin politik di Kelantan, > perkara seumpama itu mungkin tidak berlaku. Saya melihat ada pihak > yang memain peranan bagi menderakan Kelantan selepas gagal merampas > negeri ini pada pilihan raya umum lalu," katanya.//Hkrh > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> See what's inside the new Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
