| SELAMA 14 tahun (1990-2004) Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, 66, membantu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Biarpun tidak lagi berada di barisan utama kepemimpinan negeri, ahli Parlimen Pengkalan Chepa ini tetap istiqamah dalam perjuangan. Sejarah liku-liku perjuangan PAS berada dalam genggamannya. MAZLAN JUSOH mengajak pembaca berkongsi pengalaman dengan tokoh berpengalaman ini mengenai politik Kelantan. HARAKAH: Kedudukan kerajaan Kelantan sekarang? ABDUL HALIM: Dalam sejarah PAS di Kelantan tidak pernah berlaku PAS hanya menang dengan majoriti satu kerusi. Sebelum ini paling kritikal pada 1969, PAS menang 19 kerusi dan Perikatakan 11 kerusi. Pada 1978
kerajaan PAS jatuh selepas dikeluarkan dari BN. Kita kalah sehinggalah menang semula pada 1990. Maknanya dalam keadaan kita masih lagi menguasai kerajaan, majoriti satu kerusi tidak pernah berlaku. Keadaan sekarang dianggap cukup luar biasa. Jadi persiapan kita untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang mestilah dalam keadaan luar biasa juga. Kita kena bersungguh-sungguh, dari peringkat bawah sehingga pimpinan atas. Kalau kita buat persiapan seperti biasa, mungkin tidak cukup kekuatan untuk berdepan dengan pihak lawan. Punca PAS kalah pada pilihan raya negeri 1978. Ada faktor dalaman dan luaran. Pada 1974 kita dalam BN. Ketika itu, dalam parti timbul banyak puak. Yang paling besar diketuai Dato' Ishak Lotfi (Menteri Besar) dan team kedua dikepalai Dato' Nik Abdul Rahman Mohamad selaku Timbalan Menteri Besar. Dalam Pemuda pula ada dua team iaitu golongan intelek dan agama. Semua hendak merebut tempat. Mereka berpuak-puak kerana hendak dapat habuan. Faktor dalaman juga berkisar isu hendak melantik Menteri Besar. Sebahagian pemimpin terutama kumpulan Umno hendak Dato' Mohamad Nasir menjadi Menteri Besar. Tetapi kumpulan Dato' Asri, Dato' Nik Man dan Dato' Ishak hendak angkat Wan Ismail Wan Ibrahim menjadi Menteri Besar mewakili golongan muda. Tidak ada kompromi antara Umno dan PAS ketika itu dalam isu melantik Menteri Besar. Ekoran itu, awal 1978 PAS keluar BN dan BN pula mengisytiharkan darurat di Kelantan. Ada hujah mengatakan kesukaran hendak melaksanakan dasar Islam dari dalam menyebabkan PAS mengambil langkah keluar BN? Pada hemat saya ia tidak timbul. Semasa dalam BN ada sedikit perubahan berjaya dibuat oleh PAS antaranya pasukan sukarelawan 'Red Cross' ditukar nama kepada Bulan Sabit Merah. Tidak kedengaran ketegangan bagi melaksanakan dasar Islam. Apa yang berlaku di Kelantan bukan isu itu. Perkara yang jelas kerana tidak sekata dalam isu pelantikan Menteri Besar. Semasa itu apa jawatan Dato' dalam parti? Setiausaha PAS Kawasan Kota Bharu dan Setiausaha Bersama BN Kota Bharu pada 1974. Pada 1978 sebelum dibubarkan DUN, saya sebagai Ketua Pemuda PAS negeri. Dan pilihan raya 1978 saya bertanding di DUN Bukit Panau, Tanah Merah namun kalah. Pada era Dato' Asri pernahkah berlaku perebutan jawatan penting? Ada, misalnya berlaku pertembungan antara golongan berpendidikan biasa dan agama. Namun saya sebagai Ketua Pemuda meredakan kedua-dua pihak. Saya berperanan menyatukan semula mereka sehingga pada 1990 kita berjaya membentuk kerajaan di Kelantan. Saya cuba membentuk semua pihak sebagai keluarga PAS, sama ada berpendidikan biasa atau agama. Kita tidak lawan golongan
veteran. Kita juga sering mengunjungi mereka. Kita tidak mahu ada salah faham dan PAS hanya perlu ada satu team sahaja. Bagaimana suasana sekarang? Sepatutnya ada pihak berperanan memantapkan lagi golongan muda. Masalahnya, mereka hanya datang selepas PAS berjaya membentuk kerajaan. Ada yang bercita-cita menjadi pemimpin sedangkan tempat untuk mereka di dalam DUN agak terhad. Kita tidak mahu matlamat menyertai perjuangan bersama PAS terheret interest lain. Pada hemat Dato' mengapa prestasi PAS merosot teruk pada pilihan raya umum lalu? Sebenarnya kita sudah nampak bayangan kerana wakil-wakil rakyat kurang bekerja. Bagi golongan berpendidikan tinggi, ada yang enggan turun ke bawah. Hanya apabila wakil rakyat sering turun ke bawah, baru
peringkat akar umbi buat kerja. Prestasi PAS keseluruhannya? PAS tetap relevan sepanjang masa. Bagaimanapun kita berharap wakil rakyat yang ada mengubah sikap. Sebelum ini memang kita sudah jangka bagi kawasan yang kekuatan di bawah 60 peratus akan terjejas. Malah bagi kawasan yang kekuatan besar misalnya Mengkebang tidak sepatutnya berlaku seperti pilihan raya umum lalu. Ada hujah mengandaikan sekiranya di lokaliti yang berada di bawah 60 peratus ditukar calonnya, PAS masih boleh bertahan? Tak boleh kata juga, tetapi kebiasaannya di tempat-tempat yang kita rasa tergugat sebenarnya kita ada randum bebas dari dalam dan luar parti yang membekalkan input. Kita bertanding mesti hendak menang. Kita lihat faktor calon yang boleh membawa kepada kemenangan
sama ada golongan intelek atau ulama. Suasana di DUN Kelantan agak tercabar sekarang? Kalau dulu Adun BN tidak ramai. Jadi isu yang ditimbulkan tidak banyak. Namun sekarang Umno mempunyai kekuatan dan memberi advantage kepada mereka. Kehangatan sidang DUN adalah perkara biasa. Kalau kedudukan 50-50 memang kehangatan sepatutnya berlaku. Jadi suasana itu tidak boleh menjadi ukuran, hanya pilihan raya yang akan menentukan kekuatan sebenar. Kemampuan kerajaan negeri? Kita masih lagi mampu biar pun dengan majoriti satu kerusi. Secara substance kita masih kuat. Kita masih lagi ada peluang walaupun majoriti satu kerusi. Memang sudah menjadi tugas pembangkang untuk mengatakan kita tidak kuat dengan kelebihan satu kerusi. Namun, pokoknya, kekuatan masih ada. Dalam sistem demkrasi
kelebihan satu kerusi tetap menang. Di Pengkalan Pasir PAS gagal mempertahankan kerusinya. Sebenarnya itu sudah dianggap satu kejayaan besar bagi PAS kerana ketika pilihan raya kecil kita terpaksa berdepan jentera kerajaan dan bukan sahaja parti lawan. Pada sejarah pilihan raya kecil di Kelantan hanya di Pulai Chondong iaitu pada Januari 1997 sahaja kita dapat bertahan. Itu pun kerana undi yang diraih Semangat 46 pada pilihan raya 1995 sebanyak 1,500 undi. Pada pilihan raya kecil itu PAS menang dengan kelebihan 118 undi. Sedangkan di Pengkalan Pasir majoriti kita hanya 54 undi. Peluang pada pilihan raya ke-12 nanti. Ia sebenarnya terletak kepada kita sendiri. Kemenangan kita terletak kepada kekuatan kita. Kita kena bekerja sungguh-sungguh mendekati masyarakat, prohatin dengan
daftar pengundi. Jika dapat kuasai semua itu baru kita boleh buat penilaian sejauh mana kekuatan kita. Kita dan Umno berlumba mempengaruhi rakyat, terutama orang di atas pagar. Orang yang tidak berparti kira-kira 35 peratus. Kita hanya boleh memikat golongan itu dengan kerja kuat. Selain itu faktor pengundi muda, kira-kira 49 peratus. Pada pilihan raya ke-12 mereka akan bertambah 200,000 orang lagi, dan menjadi penentu. |
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
__._,_.___
SPONSORED LINKS
| Florist malaysia | Malaysia hotel |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
