KOTA BAHARU, 16 Julai -- Kelantan memohon kerajaan pusat supaya 
meluluskan peruntukan kepada 12 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 
dalam negeri untuk membantu bagi membina pusat-pusat pelupusan sampah 
yang lebih teratur.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan 
Kelantan Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri tidak mampu untuk 
membinanya secara bersendirian.

"Ini kerana negeri-negeri lain diberi peruntukan," katanya kepada 
Bernama selepas merasmikan Hari Cakna Alam Sekitar dan Taman 
Rekreasi, Lubok Mulong di sini.

Turut menyertai acara berkenaan ialah agensi-agensi kerajaan pusat 
saperti PEMADAM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan dan 
Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Baharu yang memberikan 
pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Setiausaha Parlimen 
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Sazmi Miah yang 
mahukan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) menghentikan tindakan 
membuang sampah di pinggir pantai Sabak kerana tindakan itu boleh 
mencemarkan perairan Laut Cina Selatan.

Sazmi baru-baru ini dilaporkan meminta supaya semua PBT di Kelantan 
membina pusat pelupusan sampah yang jauh dari sungai, laut dan 
perkampungan kerana perbuatan membuang sampah ke sungai boleh 
membahayakan kehidupan termasuk penduduk sekeliling.

Takiyuddin berkata kerajaan pusat sepatutnya turut meluluskan 
peruntukan bagi tujuan pembinaan pusat perlupusan sampah kepada 
Kelantan kerana masalah itu sudah menjadi masalah yang membabitkan 
kepentingan nasional.

Katanya tanpa bantuan kerajaan pusat, kerajaan negeri tidak mungkin 
mampu membinanya kerana projek itu memerlukan peruntukan yang besar 
termasuk pengambilan tanah rakyat.

Beliau berkata 12 PBT yang ada di Kelantan kini terpaksa berkongsi 10 
tempat pembuangan sampah.//BERNAMA 







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke