KOTA BHARU: Hampir semua tapak pelupusan sampah seluruh Kelantan 
ketika ini tidak memenuhi syarat dan piawaian ditetapkan Jawatankuasa 
Kabinet bagi Pelupusan Sisa Pepejal Negara (JKPSPN).

Berikutan itu, Kerajaan negeri disaran mengadakan pelan pembangunan 
jangka panjang dalam menyediakan mengadakan tapak pelupusan sampah 
yang sesuai untuk menampung keperluan pihak berkuasa tempatan (PBT) 
negeri ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk 
Sazmi Miah, berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan tapak terbabit 
menjadi punca pencemaran air dan alam sekitar ketika bencana alam 
seperti banjir dan hakisan.

"Hampir keseluruhan tapak pelupusan pepejal yang diwujudkan kerajaan 
negeri di Kelantan, setakat ini tidak memenuhi syarat dan piawaian 
yang ditetapkan jawatankuasa itu.

"Kerajaan negeri perlu merangka pelan jangka panjang yang rapi dalam 
menyediakan tapak pelupusan sampah, mematuhi spesifikasi ditetapkan 
JKPSPN," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Seminar 
Keusahawanan dan Koperasi peringkat negeri di sini. Hadir sama, 
Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) Kelantan, Zainun Hamzan 
Stapa.

Sempena majlis itu, Sazmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa 
Pembangunan Koperasi Negeri Kelantan menerima sumbangan berjumlah 
RM1,400 bagi mengisi tabung mangsa gempa bumi di Yogjakarta.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan 
Tempatan dan Kesihatan Negeri, Takiyuddin Hassan, meminta Kerajaan 
Pusat menyalurkan terus peruntukan kepada PBT negeri bagi membolehkan 
mereka menyediakan tempat pelupusan sampah.

Takiyuddin berkata, ketika ini, 12 PBT di Kelantan melupuskan sampah 
masing-masing membabitkan 10 lokasi pelupusan seluruh negeri.

Sazmi berkata, kerajaan negeri boleh berbincang dengan Kerajaan Pusat 
bagi mendapat peruntukan itu menerusi Kementerian Perumahan dan 
Kerajaan Tempatan.

"Soalnya, mereka (kerajaan negeri) perlu membuat perancangan rapi 
jangka panjang bagi menyediakan tapak pelupusan sampah menepati 
syarat yang ditetapkan jawatankuasa yang dipengerusikan Timbalan 
Perdana Menteri.

"Peruntukan bukanlah masalah utama. Yang penting perbincangan 
peringkat kerajaan negeri dan pusat perlu bagi mencari jalan 
penyelesaian mengatasi masalah itu," katanya.

Mengenai tapak pelupusan sampah Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) 
dekat Pantai Sabak di sini, yang dikenal pasti tidak mengikut 
spesifikasi JKPASPN dan perlu dipindahkan, beliau berkata, lokasi itu 
terletak berhampiran pantai yang sedang diancam hakisan.

Katanya, kajian mendapati langkah segera perlu dilakukan bagi 
mengelakkan pusat pelupusan sampah itu memberi kesan buruk kepada 
alam sekitar dalam jangka panjang.

"Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah mengeluarkan peruntukan 
menambak hakisan serius di Pantai Sabak. Ia juga bertujuan mengelak 
hakisan merebak ke tapak pelupusan.

"Kementerian sudah menasihatkan MPKB supaya mencari jalan untuk 
mencari lokasi lain yang lebih sesuai atau menggunakan kaedah lain 
berbanding sistem tanam yang digunakan di lokasi itu, ketika ini.

"Masalah tapak pelupusan sampah adalah membabitkan kepentingan 
nasional serta memerlukan perbincangan antara Kerajaan Pusat dan 
kerajaan negeri bagi mencari kaedah terbaik menyelesaikannya," 
katanya.//BHarian


Re: Kelantan Minta Bantuan Pusat Bina Pusat Pelupusan Sampah

--- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> KOTA BAHARU, 16 Julai -- Kelantan memohon kerajaan pusat supaya 
> meluluskan peruntukan kepada 12 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 
> dalam negeri untuk membantu bagi membina pusat-pusat pelupusan 
sampah 
> yang lebih teratur.
> 






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke