KOTA BHARU: Usaha menangani gejala sosial kalangan remaja negeri ini tidak boleh terhad kepada seminar saja, sebaliknya memerlukan pelbagai pendekatan bagi mendapatkan kesan yang menyeluruh.
Ini kerana golongan remaja yang menyertai seminar sering kali terdiri daripada mereka yang tidak terbabit dengan gejala kurang sihat, yang menjadi isu ketika ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata pihaknya berharap kajian yang dibuatnya dengan Universiti Sains Malaysia (USM) berhubung punca gejala sosial negeri ini dapat dijadikan asas merencanakan pendekatan lebih mantap. Beliau berkata, hasil kajian selama enam bulan itu akan dibentangkan kepada umum menerusi satu seminar yang membabitkan sesi perbincangan pelbagai pihak pada 24 Julai ini. "Seminar menanam nilai murni adalah satu kaedah tetapi kita kena gunakan pelbagai kaedah lain. Kita berharap seminar terhadap hasil kajian punca gejala sosial itu akan membawa kepada rumusan pelbagai pendekatan yang boleh digunakan. "Kita berharap kajian ini kelak bukan saja boleh membantu usaha memerangi gejala sosial di negeri ini tetapi boleh dijadikan blue print untuk digunakan di negeri lain juga," katanya. Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Seminar Masalah Moral dan Sosial Remaja anjuran Persatuan Bekas Polis Kelantan di Balai Islam dekat Lundang, semalam.//Bharian 17 Julai ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Great things are happening at Yahoo! Groups. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
