KOTA BAHRU, 17 Julai - Seramai 120 pelajar di kawasan Dewan Undangan 
Negeri (Dun) Bunut Payong yang berjaya melanjutkan pengajian  ke 
institusi pengajian tinggi (IPT) baru-baru ini menerima saguhati 
daripada Adun kawasan tersebut.

Setiap pelajar menerima sebanyak RM100 sebagai penghargaan di atas 
kejayaan mereka. Ibu bapa pelajar hadir menerima saguhati terbabit. 

Adun Bunut Payong, Haji Takiyuddin Hassan berkata, saguhati diberi 
sebagai menghargai di atas kejayaan mereka melanjut pelajaran ke 
peringkat lebih tinggi bagi mencapai matlamat ke arah melahirkan 
masyarakat minda kelas pertama.  

"Program ini diadakan sempena program Cakna Keluarga bagi mendekatkan 
lagi hubungan rakyat dengan pemimpin. Ia diadakan tanpa mengira kaum, 
agama dan ideologi politik," katanya pada program tersebut di Dataran 
JPS, Kampung Bawah Lembah, kelmarin.

Menurutnya, program Cakna Keluarga yang diadakan sejak tahun lalu 
berjaya meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat dan mengenepikan 
sentimen yang membawa kepada perpecahan.

Pegawai Urusetia Pembagunan Wanita, Belia dan Sukan (UPBWS), Che 
Azlina Che Harun berkata, Dun Bunut Payong dan Salor antara Dun 
terakhir mengadakan program Cakna Keluarga tahun ini.

Menurut Pengarah Program Cakna Keluarga Dun Bunut Payong, Haji Ahmad 
Ishak tahun ini pengisian program ditambah berbanding tahun lepas 
antaranya sesi ceramah pengurusan kewangan keluarga.//Hrkh
 


 






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke