KOTA BAHARU, 19 Julai - Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah 
Ahmad Badawi untuk meninjau sendiri projek di bawah Rancangan 
Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Kelantan, akan dilakukan selama dua 
hari bermula 20 Ogos.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa 
berkata pada hari pertama lawatan, Perdana Menteri akan merasmikan 
Jambatan Dabong di Kuala Krai dan kemudian melawat Stong Hill Resort 
di kaki Gunung Stong yang kini diuruskan Lembaga Kemajuan Kelantan 
Selatan (Kesedar).

Abdullah juga akan merasmikan perkampungan Islam Hadhari bersama 
pegawai kerajaan dan masyarakat umum di Kompleks Sekolah Wakaf Mek 
Zainab di sini, katanya kepada pemberita pada sidang akhbar.

Pada sebelah malamnya Abdullah dijadual menghadap Sultan Kelantan 
sebelum mengadakan perjumpaan dengan Menteri-menteri Besar, Ketua-
ketua menteri dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri-negeri di 
Padang Kala, di sini.

Pada hari kedua lawatan, Perdana Menteri akan melancarkan program 
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) bernama Baloh Negara 
Kelantan di Pasir Puteh.

Ini disusuli jamuan dengan rakyat di Bachok dan menghadiri beberapa 
program lain sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah 
malamnya, katanya.//Bernama
****

Re: PM melawat Kelantan Ogos

--- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> KOTA BHARU 6 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan meninjau 
> perkembangan projek pembangunan di kawasan pedalaman dan pesisir 
> pantai negeri ini dalam lawatan kerja selama dua hari awal bulan 
> depan.
> 
> Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa 
> berkata, lawatan Perdana Menteri ke negeri ini pada awalnya 
> dijadualkan pada penghujung bulan lalu.
> 
> Katanya, walaupun ia ditunda ke bulan hadapan namun jadual lawatan 
> tidak berubah dengan meninjau program-proram pembangunan yang telah 
> dilakukan dan dirancang di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-
> 9).
> 
> "Perdana Menteri akan dibawa melawat ke kawasan pedalaman di 
jajahan 
> Kuala Krai serta lawatan ke pesisir pantai negeri ini yang 
melibatkan 
> Bachok dan Pasir Puteh yang bakal dibangunkan sebagai pusat 
> pertumbuhan baru untuk Anjung Timur.
> 
> "Perdana Menteri mahu melihat pelaksanaan program ini yang turut 
> melibatkan beberapa daerah di Terengganu dapat disegerakan selain 
> mahu memastikan segala apa yang dirancang berjalan lancar,'' 
katanya.
> Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat Badan 
> Perhubungan UMNO Kelantan di wad rawatan Hospital Universiti Sains 
> Malaysia (HUSM) di sini hari ini.
> 
> Annuar yang mempengerusikan mesyuarat di dalam wad kerana beliau 
> masih dirawat setelah ditimpa kemalangan jalan raya baru-baru ini 
> berikutan motosikal kuasa besar yang ditungganginya terbabas.
> Sementara itu mengenai kesihatannya, Annuar berkata, keadaannya 
kini 
> sudah semakin baik malah pada hari ini beliau sudah boleh berjalan 
> sedikit.
> 
> "Menurut doktor, tidak lama lagi saya boleh keluar dari hospital 
dan 
> dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi saya yakin boleh kembali 
> bertugas.
> 
> "Ia lambat sikit pulih sebab tulang yang retak itu adalah tulang 
> rusuk, sukar hendak bergerak selagi ia tidak pulih sepenuhnya.
> "Saya ucap terima kasih kepada semua yang hadir menziarahi saya di 
> wad sejak beberapa hari lalu,'' jelasnya.
> 
> Tambah beliau, mesyuarat yang diadakan hari ini adalah untuk 
> memastikan kelicinan perjalanan dua program utama UMNO negeri yang 
> akan berlangsung minggu hadapan.
> 
> "Ia mengenai mesyuarat khas peringkat bahagian dan Liga Sukan 
> Komuniti yang akan dirasmikan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri 
> Hishammuddin Tun Hussein," katanya./Utusan
> 
> Majlis bersama Dr Mahathir di Kota Bharu 28 Julai? 
> 
> KUALA LUMPUR, 5 Julai: Majlis bersama Tun Dr Mahathir Mohamad 
> dijangka diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 28 Julai ini, namun 
> kemungkinan besar ia tidak akan menjadi kenyataan berikutan 
> perkembangan mutakhir politik tanahair. 
> 
> Difahamkan majlis tersebut pada awalnya mahu di anjurkan oleh 
> Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) cawangan Kelantan di sebuah 
> hotel di bandar tersebut. 
> 
> Namun menurut sumber, Mubarak telah menarik diri daripada 
> menganjurkan majlis itu dan ini menjadikan `status' majlis itu 
> terumbang-ambing – sama ada diteruskan oleh penganjur lain atau 
> dibatalkan terus. 
> 
> Mubarak dikatakan menarik diri kerana tidak mahu disalahanggap 
> sebagai menyokong Dr Mahathir dalam krisis antara kedua-dua 
pemimpin 
> negara itu. 
> 
> "Tujuan kita menganjurkan majlis ini tiada kena mengenai dengan 
> krisis Tun dengan Pak Lah. Jemputan kepada Dr Mahathir telah 
dihantar 
> lebih sebulan yang lalu, sebelum meletus krisis antara kedua-dua 
> mereka. 
> 
> "Kita mengambil keputusan menarik diri bagi mengelak sebarang 
> kekeliruan atau menghangatkan lagi krisis antara kedua-dua pemimpin 
> negara itu," kata seorang bekas wakil rakyat Barisan Nasional 
> Kelantan yang menganggotai Mubarak. 
> 
> Menurut sumber berkenaan, ada pihak lain berminat untuk mengambil 
> alih pengajuran majlis tersebut tetapi belum dapat disahkan setakat 
> ini. 
> 
> Program jelajah negara?
> Berita kunjungan Dr Mahathir ke Kota Bharu itu hangat diperkatakan 
di 
> ibunegara kebelakangan ini kerana ia dianggap sebagai permulaan 
> kepada program jelajah negara Dr Mahathir bagi meneruskan 
kritikannya 
> terhadap kerajaan. 
> 
> Dr Mahathir kini sedang bercuti di Turki bersama keluarganya. 
Beliau 
> berlepas 2 Julai lalu dan dijangka pulang pada 20 Julai ini. 
> 
> Sementara itu, sumber-sumber yang rapat dengan Dr Mahathir pula 
> mengesahkan ada menerima undangan dari Mubarak. 
> 
> "Benar ada undangan untuk Tun ke satu majlis di Kelantan pada 28 
> Julai. Undangan itu kita terima lebih sebulan yang lalu. Tetapi 
saya 
> sendiri tidak pasti statusnya sekarang," ujarnya. 
> 
> Bagaimanapun, menurutnya, majlis itu tiada kena mengena dengan 
> perkembangan politik negara ketika ini. 
> 
> Menurutnya, cadangan ke Kota Bharu itu juga bukan satu 
> siri "roadshow" Dr Mahathir bagi menjelaskan kritikannya terhadap 
> kerajaan sekarang. 
> 
> "Tidak ada sebarang `roadshow' untuk Tun, itu semua hanya spekulasi 
> dan imiginasi pihak tertentu sahaja," jelasnya. 
> //Malaysiakini
>






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Something is new at Yahoo! Groups.  Check out the enhanced email design.
http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke