KOTA BHARU, 19 Julai - Kerajaan Kelantan hari ini meluluskan pertandingan sukan 'tomoi' dianjurkan di negeri ini dengan syarat ia perlu ditukar kepada tomoi alaKelantan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sukan tomoi berasal dari negara jiran dan ia perlu ditukar kepada suasana tempatan yang bakal terkandung dalam garis panduan akan ditetapkan.
"Ia amat penting bagi menyelaraskan sukan yang kini digemari golongan muda supaya ia tidak menyimpang dari kehendak Islam," katanya selepas mesyuarat Exco, di sini hari ini. Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius aksi sukan itu memandangkan ia menjadi budaya masyarakat Kelantan sekiranya tidak dikawal dari awal. "Kita tahu orang Kelantan memang suka bergochoh (bertumbuk), kerana itu kita akan menyusun semula aktiviti sukan ini dengan cara yang betul. "Pertandingan tomoi yang sering diadakan sebelum ini sebenarnya tidak diluluskan kerajaan negeri. Oleh itu bagi mendapat kelulusan kita kenakan syarat antaranya peserta perlu bebas gejala dadah dan diadakan secara sopan," ujarnya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri, Abdul Patah Mahmood berkata, perlawanan tomoi yang diadakan sebelum ini dianjurkan secara haram. Katanya, pihak penganjur hanya menggunakan permit persembahan silat cantik atau seumpamanya ketika memohon permit untuk mengadakan pertandingan. "Kita tidak mahu perkara ini berlaku berterusan, kerana itu beberapa syarat akan ditentukan nanti antaranya mereka hendaklah mengadakan melalui persatuan. "Di samping itu juga kesihatan pemain hendaklah terjamin. Kita juga bercadang meminta pegawai perubatan mengawasi pemain sewaktu pertandingan diadakan," ujarnya.//Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> See what's inside the new Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
